IBDE Memelihara Jiwa: Petua daripada tabib kurun ke-9 - Terjemahan dan huraian Masalih al-Anfus karya Abū Zayd al-Balkhī - Malik Badri (Falsafah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Sembilan abad yang lalu, seorang pakar dan ilmuwan bernama Abū Zayd al-Balkhī mengarang sebuah kitab perihal masalah psikologi dan mental. Dalam kitab ini, beliau menjelaskan tentang gejalanya dan memberikan nasihat rawatan pencegahan serta kaedah memulihkan kesihatan tubuh dan jiwa. Manuskrip luar biasa itu telah ditemui, dianalisis dan diterjemah oleh sarjana terkenal bidang psikologi, Profesor Malik Badri, yang turut menyediakan catatan keterangan bagi memahaminya sekaligus menjadikan buku di tangan anda ini sebagai panduan tuntas merungkai masalah kejiwaan yang melanda dunia masa kini.Tentang Pengarang
SIAPAKAH ABŪ ZAYD AL-BALKHĪ? Abū Zayd al-Balkhī merupakan seorang genius ensiklopedik yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pelbagai lapangan ilmu pengetahuan yang kelihatan seperti tidak berkaitan antara satu sama lain menurut sudut pandang moden kita. Beliau juga merupakan salah seorang ahli psikologi kognitif pertama yang dikenali di dunia, jauh mendahului zamannya dalam mengkaji dan menyarankan rawatan-rawatan kognitif untuk kecelaruan keresahan dan mood. Al-Balkhī merupakan seorang pakar dalam pelbagai bidang dan penulis yang prolifik. Beliau telah menulis lebih daripada 60 buah buku dan manuskrip merangkumi kajian pelbagai disiplin ilmu seperti geografi, perubatan, teologi, politik, falsafah, puisi, sastera, tatabahasa bahasa Arab, astrologi, astronomi, matematik, biografi, etika, sosiologi dan lain-lain. Walaupun beliau cemerlang dalam pelbagai bidang, kemasyhuran beliau sebagai seorang sarjana yang hebat datang daripada hasil kajian beliau dalam geografi sehingga menyebabkan beliau digelar sebagai pengasas “Sekolah Balkhī” dalam pemetaan bumi. Sayangnya, kebanyakan dokumen berharga dan manuskrip tulisan tangan beliau telah hilang, atau tersimpan di serata muzium dan perpustakaan yang sukar untuk diakses.Maklumat Buku
Judul asal: Abū Zayd al-Balkhī’s Sustenance of The Soul: The cognitive behavior therapy of a ninth century physician Penulis: Malik Badri Penterjemah: Auni Baharin Penyunting: Alizi Alias Tahun terbit: 120 mukasurat ISBN: 9789670037219 Ukuran: 12.7 x 19.6 cm (Kulit Keras) Berat: 0.4 kg
×
×