• Pedoman Muda Mudi KK Mokap A
  • Pedoman Muda Mudi KK Mokap B
  • Pedoman Muda Mudi KK Mokap C
  • Pedoman Muda Mudi KK Mokap D
1

IBDE Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden - Seyyed Hossein Nasr (Sains Sosial) [Kulit Keras]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

“Janganlah pula perubahan cara di Barat itu diterima oleh orang Islam sebagai kayu ukur bagi menilai baik atau buruk sesuatu amalan dalam masyarakat Islam.”

—Seyyed Hossein Nasr

Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr ini ditulis khas buat umat Islam terutamanya golongan muda. Buku ini mengajak kita mengenali agama Islam dengan lebih mendalam, sambil memahami dunia moden dengan kaca mata Islam, agar kita mampu menghadapi cabaran zaman dengan lebih bijak dan bermakna sebagai seorang Muslim. Sebagai sebuah pedoman, karya ini menghuraikan dengan jelas inti ajaran Islam sebagaimana yang diwahyukan dalam al-Quran, diterangkan melalui Hadis dan Sunnah, serta dihuraikan oleh para ulama dan pemikir Islam sepanjang zaman.

Buku ini turut memperkenalkan garis besar tradisi keagamaan dan intelektual Barat bagi membantu pembaca memahami latar pemikiran yang membentuk dunia moden. Pengarang menegaskan bahawa dunia Barat telah melahirkan ramai orientalis yang mengkaji Islam dari sudut pandang mereka sendiri. Namun begitu, dunia Islam masih kekurangan oksidentalis—sarjana yang mampu meneliti pelbagai aspek tamadun Barat, daripada sains hingga seni, daripada agama hingga perilaku masyarakat, dari sudut pandang Islam.

Buku ini mengajak golongan muda-mudi daripada tradisi agama supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dan berpendirian dalam dunia moden, dengan menyedari betapa pentingnya identiti budaya dan warisan mereka sendiri.


Tentang Pengarang

Seyyed Hossein Nasr dilahirkan di Tehran dalam sebuah keluarga yang terkenal dengan tradisi keilmuan dan perubatan. Setelah menerima pendidikan awal di Iran, beliau melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat dalam bidang fizik serta sejarah sains dan falsafah di MIT dan Harvard, dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD). Beliau pernah menjadi profesor di Tehran University, selain mengasaskan serta menjadi Presiden pertama Akademi Falsafah Iran. Kini beliau berkhidmat sebagai Profesor Pengajian Islam di George Washington University, dan telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, antaranya Ideals and Realities of Islam, Science and Civilization in Islam, Muhammad—Man of Allah dan Traditional Islam in the Modern World. IBDE telah menterjemah karya beliau Man and Nature dengan judul Manusia dan Alam Tabii. 

Maklumat Buku

Judul asal: A Young Muslim’s Guide to the Modern World (1993)

Penulis: Seyyed Hossein Nasr

Penterjemah: Khairul Anam

Penyunting: Al-Mustaqeem M. Radhi

Tahun terbit: 2026

Halaman: xx + 284 mukasurat

ISBN: 9786297812298

Ukuran: 15 x 23 cm

Berat: 0.5 kg