• Bintang Merah di Langit Malaya KL A
  • Bintang Merah di Langit Malaya KL B
  • Bintang Merah di Langit Malaya KL C
  • Bintang Merah di Langit Malaya KL D
1

IBDE Bintang Merah di Langit Malaya: Sebelum dan Selepas Pendudukan Jepun, 1941–46 - Cheah Boon Kheng (Sejarah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Apa yang sebenarnya berlaku di Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah? Sejarahnya jauh lebih rumit daripada yang kita pelajari di sekolah. Berdasarkan kajian arkib di Malaysia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat, buku ini menelusuri pergolakan politik dan sosial di Tanah Melayu antara 1941 hingga 1946. Ia mengupas persaingan kuasa antara Parti Komunis Malaya, masyarakat pelbagai kaum dan pentadbiran British yang membentuk hala tuju negara selepas Perang Dunia Kedua. Rangsang Sari Buku yang ditulis berdasarkan kajian arkib nan meluas di serata Malaysia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat ini menghuraikan pengaruh pendudukan Jepun terhadap pembentukan semula Malaya. Selepas Jepun menyerah kalah, gerila komunis keluar dari hutan rimba lantas mencengkam 70% kawasan pekan dan kampung sehingga mengancam keselamatan ibu pertiwi. Pada masa yang sama, pegawai pentadbiran British pula kembali ke Malaya untuk mengambil semula pemerintahan tanahair. Maka bermulalah episod ketegangan antara Parti Komunis Malaya, orang Melayu, orang Cina dan Pentabiran Tentera British (BMA). Semua peristiwa ini merupakan penentu masa depan politik Malaya dan menjadi asas bagi memahami perkembangan masyarakat Tanah Melayu pada separuh abad ke-20. BAHAGIAN I: Masyarakat Majmuk Malaya, 1941 BAHAGIAN II: Persaingan Merebut Malaya Pascaperang, 1945–46 Tentang Pengarang Cheah Boon Kheng dilahirkan pada tahun 1942 di Pulau Pinang, Malaysia. Dia merupakan seorang sejarawan yang banyak menyumbang kepada pemahaman kita tentang sejarah Malaysia. Dia memperoleh pendidikan di Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajiannya pada peringkat doktor falsafah dalam bidang sejarah di Universiti Cambridge, United Kingdom. Cheah Boon Kheng menghasilkan karya-karya besar dalam bidang sejarah Malaysia, termasuk beberapa buku terkenal yang mengupas berbagai-bagai aspek sejarah politik, sosial dan budaya negara ini. Salah satu karya terkenalnya adalah Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation 1941–46, sebuah buku yang memberikan wawasan mendalam tentang suatu tempoh penting dalam sejarah Malaysia Maklumat Buku Judul asal: Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941–46 (Edisi Keempat, 2012) Penulis: Cheah Boon Kheng Penterjemah: Syed Omar Husain Tahun terbit: 2025 Halaman: 480 mukasurat ISBN: 9789670037639 Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit lembut) Berat: 0.80 kg