IBDE Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah - M. Sukru Hanioglu (Sejarah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Bagaimana sebuah empayar Islam yang bertahan lebih 600 tahun akhirnya runtuh?
Melalui kajian mendalam M. Şükrü Hanioğlu, buku ini menelusuri kebangkitan, kemerosotan dan kejatuhan Khilafah Utsmaniah, sekali gus membongkar faktor-faktor yang mengubah perjalanan sejarah dunia Islam.
Rangsang Sari
Pada November 1922, banyak pihak tergamam apabila khilafah tertua Islam secara rasminya runtuh. Apakah punca-puncanya? Bagaimana ia rebah? Melalui kajian yang amat teliti, M. Şükrü Hanioğlu memperincikan gambaran Empayar Utsmaniah pada zaman geloranya dari tahun 1789 hingga 1918. Pembaca akan dibawa mengenali kekuatan, kelemahan dan ketahanan sebuah empayar yang berada di ambang kejatuhan sebelum menemui makna tersembunyi daripada puing-puing runtuhan sejarahnya.
Tentang Pengarang
M. Sukru Hanioglu lahir pada tahun 1955. Dia telah meraih Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sejarah dengan menghasilkan tesis mengkaji peranan Dr. Abdullah Cevdet, seorang tokoh ketika zaman kejatuhan Utsmaniah. Kini, dia bertugas sebagai profesor di Jabatan Pengajian Timur Dekat di Universiti Princeton. M. Şükrü Hanioğlu telah mengarang beberapa buah buku tentang zaman penghujung Utsmaniah seperti Preparation for a Revolution dan The Young Turks in Opposition. Dia dianggap sebagai sejarawan terkemuka Turki dalam pengkhususan berkenaan zaman penghujung Khilafah Utsmaniah.
Maklumat Buku
Judul asal: A Brief History of the Late Ottoman Empire
Penulis: M. Sukru Hanioglu
Penterjemah: Puspawati Rosman
Tahun terbit: 2023
Halaman: 336 mukasurat
ISBN: 9789670037493
Ukuran: 23 cm x 15 cm (Kulit Keras)
Berat: 0.60 kg
×
×