IBDE Gelut Hanoi: Perang Demi Keamanan di Vietnam - Lien-Hang T. Nguyen (Sejarah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Hampir semua sejarah Perang Vietnam yang pernah kita baca berpusat kepada Amerika. Kita diceritakan sebab Amerika terlibat dalam konflik tersebut, percaturan kuasa, dan bagaimana perang itu berakhir, seolah-olah mereka adalah nadi kisah ini. Hakikatnya, watak utama dalam peristiwa Perang Vietnam ialah masyarakat Vietnam sendiri. Entah mengapa suara mereka acapkali diabaikan. Lien Hang T. Nguyen, sejarawan kelahiran Saigon yang menyaksikan sendiri detik perang ini meletus, menyingkap lembaran tersembunyi lalu mendedahkan kepada kita bagaimana kota kecil Hanoi mampu bertahan walau berdepan kuasa besar sehingga mengubah haluan sejarah dan membentuk negara Vietnam seperti yang kita kenali pada hari ini.Tentang Pengarang
Lien-Hang T. Nguyen merupakan sejarawan kelahiran Saigon yang kini bertugas sebagai profesor di Columbia University, Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan kajian mendalam mengenai Perang Vietnam, khususnya tentang sudut pandang Vietnam Utara yang jarang diketengahkan sebelum ini. Buku beliau, Hanoi’s War, telah menerima pengiktirafan antarabangsa, termasuk Anugerah Stuart L. Bernath daripada Society for Historians of American Foreign Relations (SHAFR) atas sumbangan luar biasa dalam bidang sejarah. Karya ini membuka perspektif baru dalam sejarah Perang Vietnam dan menjadi bacaan penting bagi sesiapa yang ingin memahami konflik Vietnam secara mendalam.Maklumat Buku
Judul asal: Hanoi’s War: An International History of the War for Peace in Vietnam (2012) Penulis: Lien-Hang T. Nguyen Penterjemah: Nuraina Akmal, Nagaranee Moorthy Tahun terbit: 2026 Halaman: 504 mukasurat ISBN: 9786297812069 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.9 kg
×
×