• Perang Anjing Suruhan KL - Mokap A
  • Perang Anjing Suruhan KL - Mokap B
  • Perang Anjing Suruhan KL - Mokap C
  • Perang Anjing Suruhan KL - Mokap D
1

IBDE Perang Anjing Suruhan: Darurat dan Kekalahan Komunis Di Malaya, 1948-60 - Noel Barber (Sejarah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Darurat Tanah Melayu 1948–1960

PERANG ANJING SURUHAN: DARURAT DAN KEKALAHAN KOMUNIS DI MALAYA, 1948-60

The War of the Running Dogs: How Malaya Defeated the Communist Guerrillas, 1948–60

Perjuangan, pengkhianatan dan ketegangan yang mencorakkan salah satu episod paling genting dalam sejarah Tanah Melayu.

Perang Anjing Suruhan membawa pembaca menelusuri detik-detik genting Darurat Tanah Melayu, mengisahkan perjuangan menentang ancaman komunis melalui kisah sebenar tokoh-tokoh penting dengan penceritaan yang dramatik, realistik dan penuh ketegangan.

“Jika kamu mendesak kami untuk menyerah kalah, kami lebih rela berjuang hingga ke titisan darah terakhir.”

— Chin Peng kepada Tunku Abdul Rahman, Rundingan Damai di Baling, 1955

Ideologi berhaluan kiri Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengancam proses kemerdekaan serta keselamatan Tanah Melayu. Darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan British menyebabkan ketua PKM, Chin Peng, bergelut selama 12 tahun untuk melawan “Anjing Suruhan” yang masih berpengaruh di tanah air ketika itu. Peristiwa-peristiwa penting sepanjang Darurat Tanah Melayu 1948–1960 dijalin kemas oleh Noel Barber melalui anekdot peribadi tokoh-tokoh penting ketika itu, termasuk Sir Henry Gurney, Jeneral Sir Harold Briggs, Jeneral Sir Gerald Templer, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Osman Cina, Abdullah CD dan banyak lagi.

Noel Barber (9 September 1909–10 Julai 1988) ialah seorang novelis dan wartawan British yang terkenal dengan karya-karya yang banyak menyerap pengalaman lapangan beliau sebagai koresponden luar negara untuk akhbar Daily Mail. Beliau berasal daripada keluarga Barber. Salah seorang saudaranya ialah Anthony Barber yang pernah menjadi Chancellor of the Exchequer di Britain. Sebagai wartawan, Barber pernah melalui pelbagai pengalaman ekstrem ketika bertugas di luar negara. Setelah mengalami kemalangan kereta dan mengakhiri kerjayanya sebagai wartawan, beliau beralih sepenuhnya kepada penulisan novel dan buku umum. Antara karya penting beliau ialah The War of the Running Dogs: How Malaya Defeated the Communist Guerrillas, 1948–60 (1971).

Judul asal
The War of the Running Dogs: How Malaya Defeated the Communist Guerrillas, 1948–60
Penulis
Noel Barber
Penterjemah
Syed Omar Husain
Tahun terbit
2026
Halaman
392 mukasurat
ISBN
9789670037660
Ukuran
15 x 23 cm (Kulit Lembut)
Berat
0.7 kg