IBDE Perdukunan Melayu - John D. Gimlette (Alam Melayu) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Perdukunan Melayu karya John D. Gimlette ini meneroka ranah perubatan tradisional yang diamalkan ketika perubatan moden Barat masih lagi asing di Tanah Melayu. Gimlette meluangkan waktu selama 13 tahun di Kelantan untuk bertemu para bomoh, berbicara dengan orang kampung, menelaah cerita rakyat dan jampi serapah, serta merakam pelbagai jenis racun dan penawar yang diambil daripada alam haiwan dan tumbuhan. Buku yang diterjemahkan daripada Malay Poisons and Charm Cures ini menggagaskan bahwa orang melayu memasuki “alam nyata” dan “tidak nyata” demi mencari penawar, menagih cinta, membalas dendam serta mempertahankan diri dengan tangkal dan azimat.Tentang Pengarang
Dr John Desmond Gimlete (lahir 1867) merupakan seorang pegawai perubatan yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bermula pada tahun 1896 sehingga 1921. Selepas mendapat sijil perubatan (M.R.C.S., I.R.C.P., London) dripada St Thomas Hospital, beliau berkhidmat di Lisbon. Tidak lama kemudian, beliau meneruskan perkhidmatannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, dan Pahang), dan akhirnya menjadi seorang jurubedah di Kelantan. Semasa berkhidmat di Kelantan, beliau tertarik dengan amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat tempatan. Dengan kerjasama I.H. Burkhill, beliau menterjemahkan buku yang berjudul Malay Book of Medicine karya Encik Ismail (Gardens Bulettin, Singapura, 6, 1930). Selepas itu, beliau memulakan kerja penerbitan kamus yang berjudul The Malayan Medical Dictionary (1939) yang mengumpulkan istilah-istilah perubatan tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, kerja penerbitan tersebut terbantut selepas beliau menghembuskan nafas terakhir pada 24 April 1934.Maklumat Buku
Judul asal: Malay Poisons and Charm Cures (1923) Penulis: John D. Gimlette Penterjemah: Ahmad Zamani Ishak & Izzuddin Ramli Tahun terbit: 2023 Halaman: 234 mukasurat ISBN: 9789670037189 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.26 kg
×
×