IBDE Tanpa Ampun: Tiga tahun diburu Jepun di rimba Malaya - F. Spencer Chapman (Sejarah) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Apabila seluruh Tanah Melayu tumbang, seorang lelaki memilih untuk tidak menyerah.
Ikuti kisah benar F. Spencer Chapman yang bertahan selama empat tahun di hutan belantara Tanah Melayu sambil memimpin perang gerila menentang tentera Jepun. Sebuah memoir perang yang mengangkat keberanian, strategi dan ikhtiar hidup dalam keadaan paling getir.
Rangsang Sari
Hutan tidak berpihak. Ia tidak kenal Jepun, Komunis mahu pun British. Ia tidak kenal kasihan dan tidak memberi ampun. Pada tahun 1926, Leftenan British F. Spencer Chapman menempah maut, memilih menjadi pejuang gerila di belantara, mencaturkan perang melawan Jepun yang rakus tatkala Perang Dunia Kedua menggugat bumi Malaya. Pengalaman empat tahun penuh ranjau dan duri ini dicatatkan oleh Chapman dengan gaya santai dan bersahaja. Diterjemahkan daripada The Jungle is Neutral, buku ini sehingga kini masih digunakan sebagai pedoman kepada askar berkenaan ikhtiar hidup dan strategi perang di hutan.
Tentang Pengarang
Frederick Spencer Chapman lahir pada tahun 1907. Dia mempelajari Bahasa Inggeris dan Sejarah di Cambridge. Selain menyertai penjelajahan ke Greenland dan Himalaya, Chapman merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di Chomolhari pada tahun 1937. Dia merupakan guru asrama di Gordonstoun ketika Perang Dunia Kedua pecah pada tahun 1939. Selepas peristiwa Dunkirk, dia ditugaskan di Sekolah Latihan Khas (SLK 101) sebagai komando pelatih. Pada bulan September 1941, dia dihantar bertugas ke Malaya untuk mengatur penentangan rakyat tempatan terhadap pencerobohan rakus tentera Jepun. Inilah titik mula kerjayanya sebagai pakar percaturan perang gerila. Empat tahun penuh ranjau dan duri yang dilaluinya ketika hidup di hutan belantara bersama Tentera Rakyat Malaya AntiJepun menjadi inti cerita utama buku The Jungle is Neutral (terjemahan bahasa Melayu diterbitkan dengan judul Tanpa Ampun oleh IBDE Ilham Sdn. Bhd.). Pada penghujung perang, dia merupakan Pegawai Hal Ehwal Am di Malaya sehingga menerima pelepasan pada tahun 1946. Selepas itu, dia kembali dengan kegiatan pendidikan—dia menjadi Setiausaha Kerja Outward Bound Trust selama setahun sebelum kembali menjadi guru dan menjabat jawatan pengetua. F. Spencer Chapman meninggal dunia pada tahun 1971.
Maklumat buku
Judul asal: The Jungle Is Neutral
Penulis: F. Spencer Chapman
Penterjemah: Syed Omar
Tahun terbit: 2023
Halaman: 456 mukasurat
ISBN: 9789670071462
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.80 kg (Kulit Lembut)
×
×