• Seni Melihat A
  • Seni Melihat B
  • Seni Melihat C
  • Seni Melihat D
1

IBDE Seni Melihat - John Berger (Seni Budaya) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 46.00
Sale price
RM 46.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Apa yang datang lebih awal—melihat atau berkata-kata? Seni Melihat mengajak pembaca menelusuri cara kita melihat, mentafsir dan memahami dunia, sekali gus membuka perspektif baharu tentang hubungan antara penglihatan, bahasa dan makna menerusi pemikiran John Berger. Rangsang Sari " Melihat hadir sebelum kata-kata" Anak kecil memerhati dan mengenal sesuatu sebelum dapat melafazkan kata-kara. Namun begitu, ada sisi lain berkenaan keupayaan melihat mendahului kata-kata. Kita menerangkan dunia menerusi kata-kata, tetapi kata-kata tidak pernah dapat menjelaskan hakikat bahawa kita dikelilingi dunia. Kaitan antara perkara yang kita lihat dan perkara yang kita tahu tidak akan pernah selesai. Kita melihat matahari terbenam pada setiap senja. Kita tahu bumi berputar mengelilingi matahari. Tetapi pengetahuan dan penerangannya jarang sekali cocok dengan perkara yang dilihat. Bagaimanakah kita melihat dunia sekeliling? Buku yang anda pegang ini adalah salah satu buku yang langsung merombak pegangan umum sekitar perbahasan seni. ?John Berger mencabar suatu silsilah panjang kesenian daripada catan Zaman Pembaharuan ke fotografi serta seni grafik zaman penciptaan kamera dan komputer. Gagasan yang dikemukakan John Berger meruntuhkan gagasan sedia ada dan menawarkan suatu cara baru kepada khalayak sama ada orang awam atau lingkungan seni perihal cara sebenar kita melihat serta pengaruhnya. Tentang Pengarang John Berger ialah kritikawan seni dan sejarah, pelukis, novelis dan penyair. Sebuah novelnya menang Hadiah Booker pada tahun 1972. Buku Ways of Seeing kerap dijadikan teks pelajar universiti. Dia meninggal dunia pada tahun 2017. Maklumat Buku Judul asal: Ways of Seeing Penulis: John Berger Penterjemah: Alina Abdullah Tahun terbit: 2022 Halaman: 200 mukasurat ISBN: 9789672690818 Ukuran: 20 cm x 12 cm Berat: 0.22kg (Kulit Lembut)