IBDE Surat Kepada Penyair Muda - Rainer Maria Rilke (Sastera) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Buku yang mengajar bahawa jawapan kepada kegelisahan seorang penulis bukan berada di luar dirinya, tetapi di dalam dirinya sendiri.
Surat kepada Penyair Muda menghimpunkan sepuluh pucuk surat Rainer Maria Rilke kepada seorang penyair muda yang sedang mencari arah. Melalui renungan tentang kesunyian, kesabaran, kreativiti dan keberanian menjadi diri sendiri, karya klasik ini membimbing pembaca membina keyakinan yang lahir daripada dalam diri—bukan daripada pujian, pengiktirafan atau penilaian orang lain. Lebih daripada sebuah buku tentang penulisan, ia merupakan panduan untuk menjalani kehidupan yang jujur terhadap panggilan jiwa.
Rangsang Sari
Berpucuk-pucuk surat yang dikirim sekitar awal abad ke-20 oleh seorang pemuda kepada penyair agung Jerman, Rainer Maria Rilke, telah melahirkan buku ini iaitu antara himpunan surat yang paling disebut-sebut dalam dunia sastera. Serangkaian surat balasan Rilke ini mencatat tentang puisi, kesunyian sang pengarang dan suasana jiwa manusia yang rumit.
Tentang Pengarang
Rainer Maria Rilke lahir pada 4 Disember 1874 di Austria-Hungary. Rilke merupakan penyair agung di tanah Jerman pada abad ke-20. Sebelum menceburi dunia kesusasteraan, Rilke membawa diri mengikuti kehendak keluarga yang menginginkannya menjadi pegawai tentera dengan memasuki Sekolah Menengah angkahatera di St. Pölten sebelum berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah di Mährisch-Weißkirchen. Namun, suasana hidupnya angka itu tidak sesuai dengan rasa jiwanya sehingga mengubah Rilke menjadi seorang yang pendiam. Rilke juga gagal menamatkan persekolahan ekoran diuji dengan masalah angkaha. Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya kerana setelah itu Rilke Berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Charles, Praha dalam bidang sastera Jerman dan angkah seni. Rilke Berjaya menghasilkan beberapa karya hebat dan dikenali ramai. Selain Briefe an einen jungen Dichter (Surat kepada Penyair Muda terbitan Buku IBDE), karya-karyanya yang lain ialah Duineser Elegian (Duino Elegies), Die Sonette an Orpheus (versi= angka Melayu berjudul Soneta buat Orpheus diterjemahkan oleh Latiff Mohidin), Das Stunden Buch (The Book of Hours) dan banyak lagi yang menyumbangkan pengaruh besa kepada perkembangan sastera moden dan pascamoden. Rilke juga pernah mendapat gelaran kehormat pada tahun 1916 daripada seorang raja Belgium, Raja Albert I kerana pengaruhnya yang sangat besar dalam kalangan angkahat selain turut mendapat sokongan dari beberapabangsawan dan tokoh ternama yang lain.
Maklumat buku
Judul asal: Briefe an einen jungen Dichter
Penulis: Rainer Maria Rilke
Penterjemah: Pauline Fan
Tahun terbit: 2024
Halaman: 90 mukasurat
ISBN: 9789670037554
Ukuran: 20 cm x 12 cm
Berat: 0.20 kg (Kulit Lembut)
×
×