• Dalail (Kemaskini)_Mokap A
  • Dalail (Kemaskini)_Mokap B
  • Dalail (Kemaskini)_Mokap C
  • Dalail (Kemaskini)_Mokap D
1

IBDE Dalail al-Khairat (Edisi Kemas Kini): Selawat Terindah ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW - Imam Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli (Agama) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Edisi Kemas kini

DALAIL AL-KHAIRAT (EDISI KEMAS KINI): SELAWAT TERINDAH KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW

“Jika benar kita mencintai Rasulullah SAW, apakah bukti cinta itu dalam kehidupan seharian?”

Mengamalkan bacaan Dalail al-Khairat setiap hari dapat menjadi salah satu cara untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW melalui zikir dan selawat.

Untaian selawat yang menghubungkan hati seorang Muslim dengan kecintaan kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Hampir semua Muslim mahu mencintai junjungan besar Rasulullah SAW. Malah, kita mungkin tidak segan silu mengaku cinta kepada Baginda. Namun begitu, berapa ramai antara kita yang pernah mengambil sedikit waktu untuk merenung: jika benar kita mencintai Nabi Muhammad SAW, apakah yang kita lakukan sehari-hari untuk membuktikannya?

Mengamalkan bacaan Dalail al-Khairat setiap hari dapat menjadi salah satu cara untuk kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Untaian dan himpunan selawat ini disusun oleh Imam Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli, seorang ulama besar dan tokoh sufi dari Maghribi. Selain memuatkan selawat yang masyhur daripada hadis Nabi SAW, Imam al-Jazuli turut merangkumkan lafaz selawat yang diamalkan oleh Saidina Ali bin Abu Talib, Saidina Abdullah bin Mas’ud dan para wali.

Dalail al-Khairat terbitan IBDE dengan kerjasama Akademi Pemikiran Turath al-Mustanir ini menggunakan riwayat Al-Imam al-Allamah Dr. Ali Jum’ah dengan restu beliau.

Ahli kesenian Islam, Muhammad Hafizan Abdul Halim, telah menulis khat serta mereka bentuk, melakar dan mewarnakan ragam hias edisi ini secara manual dengan kemahiran dan kehalusan tangannya sendiri. Persembahan visualnya dihasilkan berdasarkan gaya ragam hias manuskrip Melayu Pattani.

Judul asal
Dalāʾil al-Khairāt wa Syawāriq al-Anwār fi al-Ṣalāt ʿala an-Nabī al-Mukhtār (1453M/857H)
Penulis
Imam Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli
Berdasarkan riwayat daripada
Al-Imam al-Allamah Dr. Ali Jum’ah
Khat & ragam hias
Muhammad Hafizan Abdul Halim
Tahun terbit
2026
Halaman
208 halaman
ISBN
9789670037745
Ukuran
12.7 x 18.4 cm
Berat
0.25 kg