• Ihya Jilid 14_Mokap A
  • Ihya Jilid 14_Mokap B
  • Ihya Jilid 14_Mokap C
  • Ihya Jilid 14_Mokap D
1

IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 14 Kitab Celaan Terhadap Harta, Kebakhilan, Kedudukan dan Riyak - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Jilid ini mengandungi dua kitab daripada Suku Muhlikat iaitu Kitab Celaan Terhadap Harta dan Kebakhilan serta Kitab Celaan Kedudukan dan Riyak. Dalam kitab pertama Imam al-Ghazali menyatakan bahawa harta itu sama ada banyak, sedikit, mahupun tiada, setiapnya adalah bentuk ujian harta yang akan mempengaruhi sikap tertentu pada diri manusia. Sikap terbik dalam segenap keadaan tersebut ialah bersederhana terhadap harta. Kitab kedua pula menekankan bahawa riyak selaku syahwat yang tersembunyi hendaklah dicegah daripada awal lagi lantaran besarnya dosa maksiat riyak ini, lebih-lebih lagi apabila berkaitan amal ibadah.

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

Tentang Pengarang

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.

Maklumat Buku

Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Penterjemah: Fawzan Najid

Penyunting: ‘Ainuddin Burhanuddin

Tahun terbit: 2026

Halaman: xxxii + 376 mukasurat

ISBN: 9786297812205

Edisi: Kulit Keras

Ukuran: 15 x 23 cm

Berat: 0.26 kg