IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 17 Kitab Berharap, Takut, Fakir dan Zuhud - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Berharap dan takut ibarat sepasang kepak yang menerbangkan seorang salik setahap lebih lagi menuju matlamat tertinggi. Tatkala sifat berharap mendorongnya memperbanyak amal kebaikan, sifat takut membantunya menghindari kemaksiatan. Sementara itu, sifat fakir menetapkan sang salik rasa kebergantungannya kepada Allah yang Maha Kaya, manakal sifat zuhud menyusuli, memalingkan sang salik itu daripada dunia yang fana kepada akhirat yang baqa. Demikianlah peri penting Kitab Berharap, Takut, Fakir dan Zuhud daripada Suku Munjiyat dalam Ihya’ Ulumuddin.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Afiq Kamaruzaman
Penyunting: Akhtar Rushda Mohd Subri
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxx + 378 mukasurat
ISBN: 9786297812441
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg