IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 5 Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
"Panduan klasik yang mengajar bahawa ibadah bukan sekadar dilakukan, tetapi dihidupkan dengan adab, penghayatan dan kehadiran hati."
Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian menghimpunkan panduan Imam al-Ghazali tentang adab membaca al-Quran, tadabbur, zikir, doa, wirid harian dan amalan menghidupkan malam. Lebih daripada menghuraikan tatacara beribadah, karya ini membimbing pembaca membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah melalui amalan yang dilakukan dengan ilmu, adab dan keikhlasan.
Rangsang Sari
Kitab Adab Membaca Al-Quran, Zikir dan Wirid daripada Ihya Ulum ad Din menerangkan kepentingan membaca al-Quran, zikir dan wirid harian sebagai ibadah lisan yang menjadi tuntutan bagi setiap Muslim. Bagi ibadah lisan yang sunat, ia adalah sokongan dan penyeri bagi ibadah fardu ain yang sebelumnya. Di samping itu, amalan-amalan ini turut menjadi wasilah bagi memastikan hati setiap daripada kita (sentiasa terikat dengan Allah SWT.Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Ihya Ulumuddin Penulis: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit & Zahid M. Naser Penyunting: Badrul Aini Sha’ari, Nor Atiqah Abd Talib Tahun terbit: 2024 Halaman: 345 mukasurat ISBN; 9789670037592 Ukuran: 23 cm x 15 cm (Kulit Keras) Berat: 0.7 kg
×
×