IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 9 Kitab Adab Bermusafir dan Mendengar Alunan Suara - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Kitab Adab Bermusafir dan Mendengar Alunan Suara menggabungkan dua kitab daripada Suku Adat Ihya’ Ulumuddin. Bermusafir atau berkelana adalah perkara yang dianjurkan oleh agama kerana salah satu faedahnya ialah menyedarkan diri tentang kekurangan yang ada sehingga ia dapat ditambah baik dengan akhlak yang terpuji. Seterusnya, jiwa yang bersih daripada noda akan mengerti dan mengulangi zikirnya kepada Allah sehinggakan sebarang alunan suara pun dapat mencetuskan rasaan rohani (wajd). Semua hal itu mempunyai adab tersendiri yang dikupas rapi oleh Imam al-Ghazali.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Syawal Ismail
Penyunting: Faten Nawwarah
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 202 mukasurat
ISBN: 9789670037936
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg