• Ilmu Turath Mokap A
  • Ilmu Turath Mokap B
  • Ilmu Turath Mokap C
  • Ilmu Turath Mokap D
1

IBDE Ilmu Turath: Jalan Memahami Warisan Islam - Ali Jum’ah (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 75.00
Sale price
RM 75.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
“Dalam dunia maklumat yang serba pantas, adakah kita masih memahami ilmu dengan benar?” Buku ini membimbing pembaca mengenal kembali disiplin ilmu Islam — bagaimana menilai sumber, memahami teks, dan mengelak kekeliruan dalam era digital. Karya Syeikh Ali Jum‘ah ini menjawab persoalan besar zaman moden: bagaimana belajar agama dengan manhaj yang betul.

Rangsang Sari

Apakah kepentingan kajian khazanah warisan Islam? Bagaimanakah cara seorang pengkaji membentuk minda berasaskan warisan islam? Apakah fungsi khazanah kerohanian dan kearifan timur dalam menanggapi persoalan baru dunia moden? Demikianlan persoalan yang pasti berlegar dalam perjalanan pemikiran, perilaku dan realiti para pemikir dan pencinta kebenaran. Ilmu Turath: Jalan Memahami Warisan Islam akan membawa pembaca menelusuri serta menganalisis pelbagai peristiwa sepanjang sejarah warisan ilmu Islam. Buku ini adalah pelita terang, membimbing para pembaca biasa atau golongan sarjana dan cendekiawan yang mahu menggali khazanah keilmuan dan kebudayaan Islam.

Tentang Pengarang

Al-'Allamah Dr. Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab adalah bekas Mufti Besar Mesir (2003-2013) dan merupakan salah seorang anggota Haiah Kibar Ulama al-Azhar, sebuah badan utama menghimpunkan pimpinan ulama utama di institusi pengajian Islam tersebut. Beliau juga terkenal sebagai pengarang prolifik yang banyak mengarang karya berkaitan warisan Islam, syariah dan pemikiran Islam.

Maklumat Buku

Judul asal: Tariq ila at-Turāts al-Islami: Muqaddimat Marifiyyah wa Madakhil Manhajiyyah Penulis: Ali Jum’ah Penterjemah: Ahmad Faiz Bin Mohd Khalil Tahun terbit: 2025 Halaman: 392 mukasurat ISBN: 9789670037837 Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit Keras) Berat: 0.80 kg