IBDE Penyelamat daripada Kesesatan - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Penyelamat daripada Kesesatan (Al-Mungidz min al-Dhalal) adalah antara karya Imam al-Ghazali yang paling banyak dibaca di seluruh dunia. Kita mengetahui kehidupan beliau terutamanya menerusi, buku ini. Tulisan ini umpama sebuah riwayat hidup, tetapi bukan sepenuhnya autobiografi. Di dalamnya, Imam al-Ghazali bercerita tentang perkembangan keilmuan dan kerohanian beliau sepanjang hayat serta mengemukakan hujah pembelaan terhadap tasawuf sebagai jalan yang membawa kepada pengetahuan.Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.
×
×