IBDE Buku 1 - Peniaga Yang Jujur | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
PENIAGA YANG JUJUR | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Seorang peniaga menyedari terdapat kesilapan dalam urusan jual beli yang boleh menguntungkannya. Namun, adakah dia sanggup melepaskan keuntungan demi menjaga amanah dan kejujuran?"
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
"Lailahaillallah, susah payah tuan mencari saya! Kesilapan kecil saja, tak akan sampai menyebabkan kiamat. Saya halalkan dan saya maafkan."
"Tetapi saya tidak boleh terima kesilapan ini. Tuan perlu ambil kembali baki lima dinar atau tuan ikut saya ke kedai dan ambil baju yang berharga sepuluh dinar."
Peniaga yang Jujur mengisahkan seorang peniaga yang tetap berpegang pada kejujuran walaupun berdepan dengan kesilapan dalam urusan jual beli. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak memahami nilai amanah, tanggungjawab dan kepentingan berlaku adil dalam setiap perbuatan.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Tajir Bo Ensof
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037691
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg