IBDE Buku 4 - Perniagaan yang Menyusahkan | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
PERNIAGAAN YANG MENYUSAHKAN | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Seorang peniaga menerima keuntungan yang besar daripada urus niaga yang telah selesai. Namun, mengapakah dia tetap berusaha memulangkan keuntungan itu kepada pemilik asalnya?
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
Abu Malik meletakkan wang keuntungan tiga puluh ribu dirham di hadapannya dan berkata, "Wang ini adalah hak kamu. Ia adalah keuntungan perniagaan gula yang telah aku beli darimu dan menjual kesemuanya."
Perniagaan yang Menyusahkan mengisahkan sebuah urusan perniagaan yang menguji nilai kejujuran dan amanah antara penjual dan pembeli. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak memahami kepentingan menjaga hak orang lain, berlaku adil dan sentiasa berpegang pada nilai kebaikan dalam setiap urusan.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Tijarat Pour Dardesar
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037721
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg