• KS5 Penjaga Dusun Kurma A
  • KS5 Penjaga Dusun Kurma B
  • KS5 Penjaga Dusun Kurma C
  • KS Mokap Lengkap Kimya Saadah Kanak-kanak
1

IBDE Buku 5 - Penjaga Dusun Kurma | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Siri Al-Ghazali Muda

PENJAGA DUSUN KURMA | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN

Seorang penjaga dusun sanggup mengorbankan upah sehari demi memberi makan kepada seekor anjing yang kelaparan. Apakah ganjaran yang menanti bagi setiap kebaikan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan?"

Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.

Kenapa Buku Ini Sesuai?

  • Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
  • Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
  • Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
  • Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna

Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:

Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak

"Maksudmu, semua upahmu hari ini telah diberikan kepada anjing tadi?"

"Ya, biasanya tiada anjing yang berkeliaran di kawasan ini. Aku tidak pernah melihat anjing yang sangat kurus itu. Jadi, aku tidak mahu ia kelaparan."

Penjaga Dusun Kurma mengisahkan seorang lelaki bernama Abdullah yang menyaksikan kebaikan seorang penjaga dusun terhadap seekor anjing yang kelaparan. Tersentuh dengan sifat belas kasihan dan keikhlasannya, Abdullah mengambil keputusan menghadiahkan dusun tersebut kepadanya. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak memahami bahawa setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.

Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.

Judul asal
Negahban Nakhlestan
Penulis
Mojgan Sheikhi
Penterjemah
Sharifah Asruha
Tahun terbit
2025
Halaman
16 mukasurat
ISBN
9789670037844
Ukuran
21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
Berat
0.03 kg