IBDE Cetera Falsafah - Bryan Magee (Falsafah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 99.00
- Sale price
- RM 99.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Buku pengenalan bergambar yang paling lengkap dan komprehensif untuk memahami sejarah falsafah Barat. Merentasi lebih daripada 2,500 tahun pemikiran falsafah, dari zaman Yunani Kuno hingga ke pemikir terbesar abad ini.
Rangsang Sari
Sepanjang riwayat hidup manusia, falsafah telah mempengaruhi pelbagai cabang ilmu lain seperti sains, matematik, politik dan agama. Tetapi, apa itu falsafah? Siapakah Socrates, Plato dan Aristotle dari Yunani purba yang menjadi tokoh-tokoh utama perkembangan falsafah dunia? Cetera Falsafah cuba menyingkap perkembangan sisi gelap pemikiran manusia menuju puncak cahaya pengetahuan. Dalam buku yang bergambar dan penuh warna ini, diceterakan sejarah falsafah sejak kelahirannya di Yunani sehingga perkembangan terkini merangkumi abad keemasan falsafah Jerman, Inggeris dan Perancis. Daripada Thales sehingga Karl Popper, buku ini mengajak kita menelusuri kebijaksanaan fikiran umat manusia sekaligus menekankan peri penting falsafah dalam kehidupan seharian.
Tentang Pengarang
Bryan Magee dilahirkan pada tahun 1930 di Hoxton, London. Pendidikan tingginya termasuklah di Keble College, Oxford. Selain menjadi ahli falsafah, beliau juga adalah pengarang dan pengacara terkenal British. Ketika menjadi siarawan di British Broadcasting Company (BBC), siri televisyennya telah berjaya mempopularkan pembicaraan falsafah kepada khalayak ramai.
Maklumat buku
Judul asal: The Story of Philosophy
Penulis: Bryan Magee
Penterjemah: Khairul Anam
Tahun terbit: 2024
Halaman: 400 mukasurat
ISBN: 9789670037356
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.9 kg ( kulit keras )
×
×