• Manusia Asuhan Rusa Mokap A
  • Manusia Asuhan Rusa Mokap B
  • Manusia Asuhan Rusa Mokap C
  • Manusia Asuhan Rusa Mokap D
1

IBDE Hayy Ibnu Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa - Ibnu Tufail (Sastera)

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Sebuah karya falsafah yang membuktikan bahawa akal dan pemerhatian terhadap alam mampu membimbing manusia mencari kebenaran hakiki. Hikayat Hayy bin Yaqzan mengisahkan perjalanan luar biasa seorang manusia yang dibesarkan oleh seekor rusa sebagai ibunya dan dikelilingi haiwan, tanpa guru dan tanpa tamadun. Dengan hanya berpandukan akal, pancaindera dan pemerhatian terhadap alam, Hayy merungkai persoalan tentang kehidupan, kematian, alam semesta dan akhirnya mengenali kewujudan Yang Maha Esa. Lebih daripada sebuah kisah pengembaraan, karya agung ini mengajak pembaca merenungi hubungan antara akal, alam dan pencarian makna kehidupan. Rangsang Sari Jauh lebih awal sebelum Tarzan, Mowgli dan Robinson Crusoe, di dalam kesunyian pulau al-Waqwaq yang terpencil, Hayy bin Yaqzan diasuh oleh seekor rusa betina sedari kecil. Pengembaraan luar biasa yang bermula sejak kelahirannya mendorong Hayy untuk bergelut dengan persoalan makna kehidupan yang paling mendalam. Sepanjang pengembaraan ini, kita menelusuri gejolak pemikiran seorang manusia yang sedang mencari kebenaran hakiki. 

Tentang Pengarang

Ibnu Tufail (496–581 Hijrah/1100–1185 Masihi) seorang ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang terutamanya falsafah dan perubatan. Beliau merupakan guru kepada Ibnu Rusyd yang mengarang Tahafut al-Tahafut dan Fasl al- Maqal. Karya Ibnu Tufail yang terkenal sehingga kini ialah Hayy bin Yaqzan. Selain itu, beliau turut mengarang sebuah syair berkaitan perubatan yang memperihalkan apa-apa penyakit yang ada pada badan manusia bermula dari kepala hingga ke kaki. Syair ini mempunyai sekitar 7,700 bait. 

Maklumat Buku

Judul asal: Falsafah Ibnu Tufail wa Risalatuh (Hayy bin Yaqzan) Penterjemah:  Tahun terbit: 2024 Halaman: 160 mukasurat ISBN:  Ukuran: 20 cm x 12 cm Berat: 0.25 kg

Penulis: Ibnu Tufail 

Penterjemah: Mohamad Razif Mohamad Fuad

Tahun terbit: 2024

Halaman: 160 mukasurat

ISBN: 9789670037547 (Kulit Keras) | 9789670037295 (Kulit Lembut)

Ukuran: 20 cm x 12 cm

Berat: 0.25 kg


Tentang Pengarang Maklumat buku