IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 10 Kitab Amar Makruf Nahi Mungkar dan Akhlak Kenabian - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Kitab Amar Makruf Nahi Mungkar mengupas tentang kewajipan, kelebihan, rukun dan syarat pelaksanaan amar makruf nahi mungkar dalam pelbagai keadaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Kitab Akhlak Kenabian pula menyebutkan sejumlah peribadi dan peribudi Nabi Muhammad SAW yang wajar dihayati dan diteladani. Atas sebab itulah Imam al-Ghazali merumuskan Suku Adat dengan kitab ini.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Afiq Kamaruzaman
Penyunting: Najwa Shukri, Faten Nawwarah
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 248 mukasurat
ISBN: 9786297812021
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg