IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 13 Kitab Kemudaratan Marah dan Celaan Terhadap Dunia - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Kitab Kemudaratan Marah dan Kitab Celaan Terhadap Dunia masing-masing merupakan kitab kelima dan keenam dalam Suku Muhlikat daripada Ihya’ Ulumuddin. Kitab Kemudaratan Marah menjelaskan hakikat kemarahan dan rentetannya, iaitu sifat benci dan hasad. Dengan menyelami hakikat tiga sifat buruk tersebut, Imam al-Ghazali menyarankan kaedah rawatannya melalui olah jiwa dan akhlak yang mulia. Kitab Celaan Terhadap Dunia menghuraikan hakikat dunia, sifatnya yang fana, dan haknya yang boleh diambil oleh manusia sekadarnya lantaran tipu daya dunia terhadap manusia dan kesan buruknya tidak terbendung sama sekali!
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Atikah Zulkiffly, Syawal Ismail, Afiq Kamaruzaman
Penyunting: Faten Nawwarah
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 248 mukasurat
ISBN: 9786297812199
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg