• Ihya Jilid 3 A
  • Ihya Jilid 3 B
  • Ihya Jilid 3 C
  • Ihya Jilid 3 D
  • Ihya Suku Ibadat
  • Ihya Set Penuh (2)
1

IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 3 Kitab Hikmah Bersuci dan Bersembahyang - Imam Al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
"Kitab yang membimbing pembaca menyempurnakan ibadah bermula daripada kesucian zahir sehingga kekhusyukan hati." Kitab Hikmah Bersuci dan Sembahyang menghuraikan segala yang berkaitan dengan bersuci dan sembahyang, daripada hukum dan tatacara pelaksanaan hingga kepada adab, khusyuk dan pelbagai persoalan yang sering dihadapi oleh umat Islam. Disusun oleh Imam al-Ghazali, karya klasik ini membantu pembaca menghayati ibadah dengan ilmu, adab dan kehadiran hati.

Rangsang Sari

Kitab Hikmah Bersuci dan Bersembahyang daripada Ihyã Ulũm ad-Din (Menghidupkan Ilmu Agama) ini menerangkan kepentingan dan kewajipan untuk menyucikan diri sebagai lanjutan daripada kemurnian akal dan jiwa sebelumnya. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazäli menerangkan keperluan untuk membersihkan diri lantaran ia syarat bagi mendirikan sembabyang kerana sembahyang merupakan ibadah pertama yang akan dihitung pada hari akhirat kelak."

Tentang Pengarang

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.

Maklumat Buku

Judul asal: Ihya Ulumuddin Penulis: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Zahid M. Naser Penyunting: Badrul Aini Sha’ari, Nor Atiqah Abd Talib Tahun terbit: 2024 Halaman: 294 muka surat ISBN: 9789670037424 Ukuran: 15.5 cm x 23.7 cm Berat: 0.6 kg