IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 6 Kitab Adab Makan, Perkahwinan dan Mencari Rezeki Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Bagaimana jika setiap suapan, setiap hubungan dan setiap rezeki yang kita peroleh menjadi jalan menuju keredaan Allah SWT?
Imam al-Ghazali menghimpunkan adab dan hukum berkaitan makan, perkahwinan dan mencari rezeki, lalu membimbing pembaca menjadikan urusan harian sebagai ibadah yang menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Rangsang Sari
Kitab Adab Makan, Perkahwinan dan Mencari Rezeki membahaskan perihal adab dan hukum-hakam fekah berkaitan makanan, hubungan rumah tangga serta muamalat seharian. Suku Adat daripada kitab Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn ini dimulakan oleh Imam al-Ghazali dengan tiga kitab tersebut kerana tiga perkara ini adalah bentuk perhubungan paling asas yang dialami setiap orang pada setiap hari sepanjang hayatnya.Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Ihya Ulumuddin Penulis: Imam al-Ghazali Penterjemah: Hilmi Marjunid & Zahed M. Naser Tahun terbit: 2025 Halaman: 328 mukasurat ISBN: 9789670037615 Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit keras) Berat: 0.70 kg
×
×