• Kembara ke Angkor KK_Mokap A
  • Kembara ke Angkor KK_Mokap B
  • Kembara ke Angkor KK_Mokap C
  • Kembara ke Angkor KK_Mokap D
1

IBDE Kembara ke Angkor - Damrong Rajanubhab (Sejarah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Pada tahun 1924, Putera Damrong Rajanubhab, seorang anak raja yang juga sejarawan ulung Thailand bersama-sama tiga orang puterinya serta sejarawan Perancis, George Cœdès, mengembara ke kota purba Khmer, meneroka keagungan Angkor Wat yang lenyap dalam kabus sejarah. Sepanjang kunjungan tersebut, Putera Damrong mencatat keindahan, kemegahan dan kejatuhan Angkor Wat sehingga akhirnya merungkai hubungan rumit antara Siam dan Kemboja. Sepuluh hari meneroka candi Angkor, keterujaan menaiki kereta dan perahu serta pemerhatian terhadap pentadbiran kolonial Perancis segalanya tercurah di sini. Catatan kembara ini pada awalnya diedarkan kepada kaum kerabat terdekat sahaja, namun mendapat sambutan hangat dan telah dicetak berulang kali. Kini, buku ini buat kali pertama diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, diiringi pula lebih 30 keping gambar yang dirakam oleh Putera Damrong sendiri.

Tentang Pengarang

YAM Putera Damrong Rajanubhab (1862–1943) merupakan seorang putera diraja Thailand, ahli sejarah dan reformis yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem pentadbiran moden Thailand. Beliau adalah adik kepada Raja Chulalongkorn (Rama V) dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri, di mana beliau memperkenalkan banyak pembaharuan dalam pemerintahan wilayah. Sebagai seorang sejarawan terkemuka, beliau menulis banyak kajian mengenai sejarah Thailand dan Asia Tenggara, termasuk hubungan Siam-Khmer dan sejarah Empayar Khmer. Perjalanannya ke Angkor pada tahun 1924 membawa kepada penulisan Nirat Nakhon Wat (นิราศนครวัด), sebuah catatan berharga tentang warisan Angkor Wat, budaya Khmer dan pengaruh penjajahan Perancis di Kemboja. Bukunya yang terkenal itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan judul Journey to Angkor dan kini diterbitkan dalam terjemahan bahasa Melayu dengan judul Kembara ke Angkor (2026) oleh IBDE di Kuala Lumpur.

Maklumat Buku

Judul asal: Journey to Angkor (2024) Penulis: Damrong Rajanubhab Penterjemah: Syed Omar Husain Tahun terbit: 2026 Halaman: 208 mukasurat ISBN: 9786297812038 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.7 kg