• Kepada Rumah Api Mokap A
  • Kepada Rumah Api Mokap B
  • Kepada Rumah Api Mokap C
  • Kepada Rumah Api Mokap D
1

IBDE Kepada Rumah Api - Virginia Woolf (Sastera) [Kulit Keras]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Sebuah novel klasik yang membuktikan bahawa perjalanan paling jauh bukan menuju sebuah rumah api, tetapi menuju hati manusia sendiri. Kepada Rumah Api membawa pembaca menyelami kehidupan sebuah keluarga yang bergelut dengan harapan, kehilangan dan perubahan yang tidak dapat dielakkan. Melalui aliran kesedaran yang halus dan bahasa yang puitis, Virginia Woolf mengangkat perjalanan menuju rumah api sebagai lambang kerinduan, kenangan dan pencarian makna dalam kehidupan. Lebih daripada sebuah kisah keluarga, novel ini merupakan renungan mendalam tentang masa, hubungan dan dunia batin manusia. Rangsang Sari Mengapa manusia berkahwin? Selepas lapan orang anak dilahirkan, pasangan suami isteri Puan Ramsay dan Encik Ramsay mula mempersoalkan makna sebuah hubungan vang sckian lama terjalin. Apakah perkalwinan sekadar beristeri, bersuani dan beranak? Kehicupan harian sebuah kehiarga Inggeris menjadi pentas persembahan buku ini yang merupakan antara novel sastera terbaik abad ke 20. Sebuah adikarya yang hidup dan menggetarkan jiwa Tentang Pengarang Virginia Woolf (1882–1941) ialah novelis, cerpenis dan eseis yang merintis perkembangan prosa moden di England. Lahir sebagai Adeline Virginia Stephen, dia merupakan anak ketiga kepada Leslie Stephen, seorang cendekiawan dan pengkritik terhormat. Membesar dalam sebuah keluarga berpendidikan tinggi dan berfikiran bebas, Virginia tidak menghadiri sekolah, tapi sebaliknya menerima pendidikan di rumah dan melalui pembacaan koleksi perpustakaan bapanya. Di sebalik keterbatasan latar belakang pendidikannya, Virginia ialah antara sosok penting dalam Kumpulan Bloomsbury, sebuah gerakan seni yang aktif di London pada awal abad kedua puluh, dan terdiri daripada E. M. Forster, Roger Fry, Vanessa Bell (kakak Virginia) dan Leonard Woolf (yang kemudian berkahwin dengan Virginia). Nama Virginia Woolf hari ini dikenali novelis yang mengembangkan teknik aliran kesedaran dalam novel- novel terpentingnya iaitu Mrs. Dalloway, Kepada Rumah Api (To the Lighthouse) dan The Waves. Beliau juga merupakan antara tokoh feminis terawal, dan telah mengarang teks rujukan penting kepada pejuang dan sarjana feminis aka datang iaitu buku berjudul A Room of One’s Own (1929). Maklumat buku Judul asal: To The Lighthouse Penulis: Virginia Woolf Penterjemah: Wan Nor Azriq Tahun terbit: 2024 Halaman: 312 mukasurat ISBN:9789670037332 Ukuran: 20 cm x 12 cm Berat: 0.45 kg (Kulit Keras)