• Kongsi Gelap Cina di Malaya KK_Mokap A
  • Kongsi Gelap Cina di Malaya KK_Mokap B
  • Kongsi Gelap Cina di Malaya KK_Mokap C
  • Kongsi Gelap Cina di Malaya KK_Mokap D
1

IBDE Kongsi Gelap Cina di Malaya 1800–1900 - Leon Comber (Sejarah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Sejarah Kongsi Gelap di Malaya

KONGSI GELAP CINA DI MALAYA 1800–1900

Di sebalik sejarah Malaya yang terukir, ada tangan-tangan ghaib yang mengatur kejadian dan peristiwa tanpa diketahui orang ramai.

Sebuah naskhah yang membongkar bagaimana kongsi gelap Cina tumbuh dan memainkan peranan dalam menganyam fabrik sosial, ekonomi dan politik di Malaya.

Buku ini ialah antara kajian terlengkap tentang kongsi gelap Cina di Malaya, merangkumi tempoh 100 tahun dari 1800 hingga 1900. Kajian yang amat teliti ini menunjukkan asal usul, kebangkitan dan pengaruh kongsi gelap dalam politik setempat, pentadbiran kolonial serta kedudukannya dalam masyarakat di Malaya. Pengalaman Leon Comber sebagai mata-mata gelap bagi Cawangan Khas (SB) Polis Persekutuan Malaya, serta kefasihannya bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, membolehkan pembaca menelaah pensejarahan ini melalui sumber yang diyakini dan maklumat yang amat terperinci. Buku ini turut menyertakan gambar-gambar tokoh kongsi gelap, bentuk dan tanda suci pertubuhan rahsia, kod rahsia, isyarat rahsia serta nama-nama tokoh penting dalam gerakan bawah tanah yang serba marabahaya ini.

Leon Comber merupakan seorang pakar kajian Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang sejarah dan perisikan. Beliau menulis banyak buku berkaitan topik ini dan menerangkan pelbagai aspek sejarah, politik serta operasi perisikan di rantau tersebut. Karya-karya Comber sering mengupas isu-isu perisikan dan perisikan balas, dengan memberikan pandangan yang berharga tentang dinamik kuasa, konflik dan diplomasi di rantau Asia Tenggara. Sebelum ini, IBDE telah menerbitkan buku Leon Comber berjudul Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 (2024), iaitu terjemahan daripada Malaya’s Secret Police 1945–60: The Role of the Special Branch in the Malayan Emergency (Singapura: ISEAS-Yusof Ishak Institute/Monash University Press, 2008).

Judul asal
Chinese Secret Societies in Malaya: A Survey of the Triad Society from 1800 to 1900
Penulis
Leon Comber
Penterjemah
Syed Omar Husain
Tahun terbit
2026
Halaman
440 mukasurat
ISBN
9786297812014
Ukuran
15 x 23 cm (Kulit Keras)
Berat
0.8 kg