• Manusia dan Alam Tabii A
  • Manusia dan Alam Tabii B
  • Manusia dan Alam Tabii C
  • Manusia dan Alam Tabii D
1

IBDE Manusia dan Alam Tabii: Kemelut Ruhani Manusia Moden - Seyyed Hossein Nasr (Falsafah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Buku oleh salah seorang pemikir Islam terulung di dunia ini meneroka hubungan antara manusia dan alam tabii menurut pandangan pelbagai tradisi agama, terutama dari sudut pandang Tasawuf. Pengarang buku ini menegaskan peri penting kesedaran yang mendalam tentang asal-usul manusia dan alam tabii sebagai cara untuk mengatasi ketidakseimbangan yang menghasilkan pelbagai krisis dunia semasa. Buku Manusia dan Alam Tabii: Kemelut Ruhani Manusia Moden membicarakan secara rinci hubungan manusia dan alam. Sepertinya buku ini hadir pada waktu yang tepat. Ketika kita berdepan dengan bermacam kegetiran seperti banjir, tanah runtuh, puting beliung akibat perubahan alam yang mendadak dan menakutkan. Barangkali buku ini boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan yang terbit daripada ketidakfahaman kepada perubahan alam yang berlaku dan hubungannya dengan ruhani manusia.

Tentang Pengarang

Seyyed Hossein Nasr dilahirkan di Tehran dalam keluarga berketurunan sarjana dan tabib. Setelah menerima pendidikan awal di Iran, dia berhijrah ke Amerika demi mengaji ilmu fizik serta sejarah keilmuan dan falsafah di Institut Teknologi Massachusetts seterusnya Universiti Harvard tempat dia menerima ijazah kedoktorannya. Seyyed Hossein Nasr merupakan profesor di Universiti Tehran serta pengasas merangkap pengerusi pertama Akademi Falsafah Iran. Sekarang, dia adalah Profesor Pengajian Islam di Universiti George Washington. Beliau seorang tokoh berpengaruh dan disenaraikan dalam 500 Muslim Berpengaruh Di Dunia 2022. Merupakan satu-satunya sarjana Muslim yang disenaraikan dalam Library of Living Philosophers. Beliau telah mengarang sebilangan buku, antaranya Man and Nature, Ideals and Realities of Islam, Science and Civilisation in Islam, Muhammad Man of Allah, Traditional Islam in the Modern World, Islamic Spirituality and its Foundations, Islamic Spirituality and its Manifestations.

Maklumat Buku

Judul asal: Man and Nature: The Spiritual Crisis in Modern Man (1968) Penulis: Seyyed Hossein Nasr Penterjemah: Khairul Anam Penyunting: Alina Abdullah Tahun terbit: 2022 Halaman: 154 mukasurat ISBN: 9789672672319 Ukuran: 15 x 23 cm Berat: 0.4 kg