IBDE Muhaddisat: Wanita Periwayat Hadis - Mohammad Akram Nadwi (Biografi) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 75.00
- Sale price
- RM 75.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Selama ini kita sering mendengar bahawa tokoh-tokoh hadis adalah lelaki, namun sejarah Islam sebenarnya mendedahkan sebuah kebenaran yang lebih indah. Ribuan wanita pernah mengembara jauh, menghadiri majlis ilmu, dan mengajar di masjid serta madrasah besar di seluruh dunia Islam. Mereka menjadi guru kepada ulama lelaki, malah sebahagiannya diiktiraf sebagai rujukan utama dalam ilmu hadis. Muhaddisat: Wanita Periwayat Hadis membuka tirai untuk kita mengenali kembali warisan wanita agung ini, sekaligus membuktikan bahawa ilmu adalah warisan bersama umat Islam.
Rangsang Sari
Muhaddisat: Wanita Periwayat Hadis membuka lembaran kisah-kisah hebat ilmuwan wanita yang pernah berdiri di barisan hadapan dalam penyebaran ilmu hadis. Siapa sangka, di sebalik naratif yang mengatakan bahawa Islam sering mengetepikan suara wanita, hakikatnya telah wujud jaringan ilmuwan Muslimah yang mengajar, meriwayat dan dihormati di pusat-pusat ilmu terkemuka? Karya ini bukan sahaja menyentuh hati dan mencabar persepsi, malah membuktikan bahawa wanita telah menjadi teras dalam dunia keilmuan Islam sejak zaman awal Islam lagi.
Tentang Pengarang
Syeikh Dr. Mohammad Akram Nadwi ialah seorang ulama dan cendekiawan Islam dari Jaunpur, India. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Diya’ al-Ulum dan Dar al-Ulum Nadwah al-Ulama. Beliau seterusnya menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsafah di Universiti Lucknow. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai penyelidik di Oxford Centre for Islamic Studies selama lebih 20 tahun. Dr Akram Nadwi terkenal dengan karya al-Wafa’bi Asma’ an-Nisa’, ensiklopedia 43 jilid tentang 10,000 wanita periwayat hadis dan al-Muhaddisat: The Women Scholars in Islam dan lebih 60 buku lain dalam bidang fekah, tafsir dan hadis. Karya-karyanya banyak mengangkat peranan dan sumbangan wanita dalam sejarah kelimuan Islam. Kini, beliau berkhidmat sebagai Dekan Cambridge Islamic College dan Pengarah As-Salam Institute.
Maklumat Buku
Judul asal: Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam
Penulis: Mohammad Akram Nadwi
Penterjemah: Faiq Sharin & Syazani Satri
Tahun terbit: 2025
Halaman: 376 mukasurat
ISBN: 9786297812007
Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit Keras)
Berat: 0.70 kg