• Muhammad Ali A
  • Muhammad Ali B
  • Muhammad Ali C
  • Muhammad Ali D
1

IBDE Muhammad Ali: Raja Dunia Wira Amerika - David Remnick (Biografi) [Kulit Keras]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Di dalam gelanggang dia menewaskan lawan, di luar gelanggang dia mencabar dunia. Muhammad Ali mengisahkan kehidupan seorang peninju legenda yang menjadikan setiap kemenangan, setiap kekalahan dan setiap pendiriannya sebagai sebahagian daripada perjuangan yang mengubah sejarah. Rangsang Sari "Terbang bak kupu-kupu menyengat seperti lebah." Ada manusia yang mati tetapi abadi. Muhammad Ali salah satunya. Bangkit dari kepayahan, dia muncul sebagai peninju agung. Angkuh, tangkas dan berbisa, setiap tingkahnya di dalam dan luar gelanggang sentiasa menjadi perhatian. Buku ini memuatkan riwayat hidup salah seorang tokoh terpenting abad ke-20. Muhammad Ali bukan cuma peninju handal. Hidupnya lebih daripada itu. Dalam buku ini, kita dibawa ke dunia perseteruan, teknik bertinju, hak asasi manusia dan maruah kaum. Kita dibawa ke dunia Ali. Tulisan David Remnick yang gurih dan puitis menghadirkan pembaca ke dalam gelanggang, menyaksikan pertarungan yang menakjubkan. Tentang Pengarang David Remnick adalah editor The New Yorker sejak tahun 1998, Sebelum menyertai majalah itu pada tahun 1992, dia bertugas sebagai koresponden The Washington Post di Soviet Union. Bukunya Lenin's Tomb: The Last Days of the Soviet Empire, memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1994. Biografi Barack Obama, The Bridge: The Life and Rise of Barack Obama juga salah satu bukunya yang masyhur. Selain menulis, dia pernah menjadi pengulas tamu dan membuat liputan Sukan Olimpik Musim Dingin Sochi pada 2014. David Remnick tinggal di kota New York bersama anak dan isterinya. Maklumat Buku Judul asal: King of the World: Muhammad Ali and the Rise of an American Hero Penulis: David Remnick Penterjemah: Puspawati Rosman Tahun terbit: 2022 Halaman: 305 mukasurat ISBN: 9789670037080 Ukuran: 23 cm x 15 cm Berat: 0.80kg (Kulit Keras)