• Pedro Paramo Mokap A
  • Pedro Paramo Mokap B
  • Pedro Paramo Mokap C
  • Pedro Paramo Mokap D
1

IBDE Pedro Paramo - Juan Rulfo (Sastera) [Kulit Keras]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
"Bagaimana jika bandar yang anda kunjungi dipenuhi suara orang yang telah lama mati? Dan lelaki yang anda cari mungkin tidak pernah benar-benar meninggalkan tempat itu." Seorang anak menunaikan janji terakhir kepada ibunya dengan menjejaki ayah yang tidak pernah dikenalinya. Namun, pencarian itu membawanya ke Comala, sebuah pekan misteri yang dihuni kenangan, roh dan rahsia silam, lalu mengaburkan sempadan antara kehidupan dan kematian.

Rangsang Sari

Juan Preciado berjanji kepada ibunya yang sedang nazak untuk mencari ayahnya: Pedro Páramo. Dia ke Comala, sebuah bandar sepi penuh misteri. Di sana, Juan bertemu bayang-bayang masa lalu yang mendedahkan kisah penindasan, pengkhianatan cinta, dan ayahnya, seorang penguasa yang hancur oleh keserakahan sendiri. Adakah Pedro Páramo seorang manusia, arwah, atau igauan dosa yang menghantui pekan Comala? Dalam perjalanan ini, Juan tidak hanya menjejak asal muasal, tetapi menghadapi kekaburan antara kehidupan dengan kematian. Sebuah karya agung Latin Amerika tentang cinta, kematian dan kesunyian. Pedro Páramo ialah kisah pencarian seorang anak yang membawa kita ke sebuah pekan misteri di mana roh dan manusia berdampingan. Ditulis dalam gaya realisme magis yang mendahului zamannya, buku ini mendedahkan sisi gelap kekuasaan, cinta, dan penyesalan. Karya ini membuka jalan kepada sastera Latin Amerika moden dan terus berpengaruh hingga hari ini. Walaupun One Hundred Years of Solitude oleh Gabriel García Márquez lebih popular dalam genre realisme magis, Márquez sendiri mengakui bahawa Pedro Páramo adalah inspirasi terbesarnya. Rulfo mencampurkan realiti dan dunia roh dalam gaya yang senyap tetapi menggugah—membuka jalan kepada ledakan sastera Amerika Latin.

Tentang Pengarang

Juan Rulfo (1917–1986) merupakan seorang penulis dari Mexico. Hanya dengan menulis dua buah buku sahaja, dia diangkat sebagai tokoh sastera yang sangat disegani dalam lingkungan penutur bahasa Sepanyol. Pedro Paramo, satu-satunya novel yang ditulisnya telah diterjemahkan ke 40 bahasa asing dan jutaan naskhah telah terjual. Rulfo dianggap sebagai antara sasterawan terpenting dalam kesusasteraan Amerika Latin.

Maklumat Buku

Judul asal: Pedro Páramo Penulis: Juan Rulfo Penterjemah; Adriana Nordin Manan Tahun terbit: 2025 Halaman: 160 mukasurat ISBN: 9789670037790 Ukuran: 20 x 12 cm (Kulit keras) Berat: 0.50 kg