IBDE Penyucian Kalbu Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya; Terjemahan dan Huraian Kitab Mathartu I'Qulub karya Imam Maulud - Hamza Yusuf (Psikologi) [Kulit lembut]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Bayangkan sebuah hati yang kelihatan tenang di luar, tetapi sebenarnya dipenuhi rasa iri, sombong, dan gelisah yang tidak pernah padam. Inilah penyakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi mampu merosakkan jiwa dan hubungan sesama manusia.
Penyucian Kalbu hadir sebagai panduan untuk mengenal pasti tanda-tanda penyakit hati ini, sekaligus menunjukkan jalan penawarnya berdasarkan warisan ulama besar. Ditulis dengan gaya yang mudah difahami, buku ini menghubungkan hikmah klasik dengan cabaran moden yang kita hadapi hari ini. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi sebuah cermin untuk kita melihat ke dalam diri dan memulakan perjalanan penyucian jiwa.
Membacanya ibarat menemui sahabat yang membimbing kita kembali kepada ketenangan, keikhlasan, dan kebahagiaan hakiki.
Rangsang Sari
Kalbu atau hati yang sihat menentukan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pelbagai kemelut, dari pergeseran antara saudara-mara sehinggalah ke perang antara negara, berpunca daripada penyakit hati.
Kitab Matharatu'l-Qulub karangan Imam Maulüd merupakan antara panduan terbaik bagi mengasuh kalbu. Kini ia diberikan huraian amat menyentuh perasaan dan selari dengan keperluan semasa oleh Syeikh Hamza Yusuf, ulama pertama dari Amerika Syarikat yang menjadi pensyarah universiti tertua di dunia, Universiti Qarawiyin, Maghribi, dan juga pengasas kolej Islan pertama di Amerika Syarikat.
Tentang Pengarang
Hamza Yusuf dilahirkan di Walla Walla, Washington. Pada usia lapan belas tahun, beliau memeluk Islam. Kemudian beliau berhijrah ke Timur Tengah dan meluangkan masa lebih sepuluh tahun mempelajari ilmu-ilmu Islam di Semenanjung Arab, Afrika Barat dan Afrika Selatan. Beliau telah kembali ke Amerika Syarikat dan selama puluhan tahun, sejak awal tahun 1990-an, menyambung pengajiannya di bawah bimbingan Syeikh ʿAbdullah bin Bayyah, pakar undang-undang Islam terulung di dunia.
Hamza Yusuf juga mengajar dan menulis sejak pulang ke Amerika Syarikat. Beliau menterjemahkan pelbagai teks dan puisi Arab klasik ke bahasa Inggeris, termasuk The Content of Character, kumpulan hadis Nabi Muḥammad berkenaan akhlak; The Burda: The Poem of the Cloak, sebuah syair keagamaan abad ke-13 yang dianggap sebagai syair paling banyak dibaca di dunia; The Creed of Imam al-Ṭaḥāwī, sebuah karya awal abad ke-10 yang menghimpunkan ilmu akidah dan menjadi asas yang baik bagi kepercayaan Islam dan merupakan teks yang paling mantap sebagai asas bagi akidah Islam dalam kalangan kitab terawal membicarakan akidah Muslim dan The Prayer of the Oppressed, iaitu terjemahan Hamza Yusuf bagi doa Imam Muḥammad ibnu Nāṣir ad-Darʿī, sebuah doa yang hebat dan menyentuh rohani. Ia juga memuatkan kupasan Hamza Yusuf berkenaan tabiat kezaliman dan kesannya terhadap masyarakat secara umum serta hati manusia secara khusus.
Melalui ceramah-ceramah dan kemunculan medianya yang banyak, Hamza Yusuf bergiat dalam perbincangan awam semasa berkenaan Islam di peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Beliau juga adalah pengasas bersama Zaytuna College, pusat pengajian tinggi ilmu kemanusiaan Muslim pertama di Barat.
Maklumat buku
Judul asal: Purification of the Heart: Sign, Symptoms and Cures of the Spiritual Diseases of the Heart (2012)
Penulis: Hamza Yusuf
Penterjemah: Abdul Jabbar Md. Salleh
Penyunting: Anwar Yusof
Tahun terbit: 2024
Halaman: 260 mukasurat
ISBN: 9789670037196
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.26 kg (Kulit Lembut)
×
×