IBDE Perang Dunia Kedua: Sejarah Bergambar - A.J.P. Taylor (Sejarah) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
PERANG DUNIA KEDUA: SEJARAH BERGAMBAR
“80 juta nyawa terkorban. Persoalannya, siapa yang memulakan semuanya?”
Perang Dunia Kedua: Sejarah Bergambar ialah kisah di sebalik perang yang mengubah dunia dan meragut nyawa pada skala yang belum pernah disaksikan manusia.
“Perang Dunia Kedua (1939–45) mengorbankan nyawa kira-kira 70–80 juta manusia.”
Bilakah Perang Dunia Kedua bermula? Ramai sejarawan yang cenderung menganggap Eropah sebagai pusat dunia menyarankan 1 September 1939 sebagai tarikhnya. Perang ini berlangsung di tiga perairan utama, iaitu Mediterranean, Atlantik dan Pasifik, serta melibatkan empat kempen darat utama di Rusia, Afrika Utara dan Mediterranean, Eropah Barat serta Timur Jauh.
Setiap medan peperangan ini mempunyai bentuk yang berbeza dan para sejarawan sentiasa menanggapinya dari sudut pandang tersendiri. Berbeza dengan Perang Dunia Pertama, bahang Perang Dunia Kedua turut melarat sehingga ke Tanah Melayu melalui gerbang Asia Tenggara di Singapura.
Buku yang dikarang oleh A.J.P. Taylor selama lebih tiga dekad ini menyediakan maklumat yang bermanfaat untuk memahami punca dan keberlangsungan perang yang singkat, tetapi mengorbankan kira-kira 80 juta nyawa manusia.
A.J.P. Taylor ialah sejarawan Britain yang sangat masyhur dan berwibawa. Beliau menulis sejumlah karya ilmiah penting berkenaan sejarah Britain serta perhubungan negara, dan kebanyakan bukunya terjual laris. Beliau sangat diminati ramai kerana syarahan-syarahannya yang bersahaja di kaca televisyen.
Alan John Percivale Taylor dilahirkan di Lancashire pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan di Bootham School, York, sebelum meraih biasiswa untuk menyambung pengajian Sejarah di Oriel College, Oxford dan seterusnya menggenggam ijazah kelas pertama. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah Sejarah Moden di Universiti Manchester dari 1930 hingga 1938 dan selepas itu menjadi Felo di Kolej Magdalen, Oxford sehingga tahun 1976.
Seterusnya, beliau diangkat sebagai Felo Kehormat Magdalen dan dikurniakan gelaran doktor kehormat daripada beberapa buah universiti, antaranya Universiti Bristol, Universiti Warwick dan Universiti Manchester. Antara karya penting beliau termasuk The Course of German History, How Wars Begin, The Origin of the Second World War, The First World War, The Second World War: An Illustrated History dan autobiografinya yang berjudul A Personal History.
A.J.P. Taylor meninggal dunia pada bulan September 1990. Beliau dikenali sebagai seorang sejarawan yang prolifik, wartawan berbakat serta personaliti televisyen yang berpengaruh, dengan gaya penyampaian yang berusaha mengubah pemahaman masyarakat terhadap sejarah.
- Judul asal
- The Second World War: An Illustrated History (1975)
- Penulis
- A.J.P. Taylor
- Penterjemah
- Abdullah Hussaini
- Tahun terbit
- 2026
- Halaman
- 352 mukasurat
- ISBN
- 9789670037943
- Ukuran
- 15 x 23 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.7 kg