IBDE Perempuan Seribu Satu Malam - A.J. Arberry (Sastera) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Apakah yang menjadikan kisah Seribu Satu Malam terus memikat pembaca di seluruh dunia selama berabad-abad?
Perempuan Seribu Satu Malam menghimpunkan empat kisah klasik yang sarat dengan pengembaraan, percintaan dan keajaiban Timur, sekali gus menghidupkan semula pesona Seribu Satu Malam dalam bahasa yang segar dan memikat.
Rangsang Sari
Empat kisah dalam Perempuan Seribu Satu Malam karya A.J. Arberry ini membawa kita ke dalam labirin cerita yang mencengangkan. Daripada petualangan heroik hingga perkasihan yang maksyuk, buku ini menghantarkan kita ke sisi keindahan dan keajaiban 1001 Malam dalam bahasa moden. Satu pengalaman tak terlupakan untuk semua pencinta kisah klasik.
Tentang Pengarang
A.J. Arberry, atau nama penuhnya Arthur John Arberry, ialah seorang ahli bahasa dan orientalis terkemuka British. Dia dilahirkan pada tahun 1905 di Portsmouth, England. Dia merupakan sarjana terkenal dalam bidang kajian bahasa Arab dan sastera Islam. Arberry belajar di Universiti Cambridge dengan pengkhususan dalam bidang bahasa Arab dan Parsi. Dia pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Cambridge dan seterusnya di Universiti London. Selama hayatnya, Arberry mengarang banyak karya penting dalam bidang bahasa Arab, terjemahan al-Quran dan sastera Islam. Terjemahan al-Quran-nya merupakan antara terjemahan yang terkenal dan kerap menjadi rujukan. Arberry juga berjasa dalam memperkenalkan karyakarya besar sastera Parsi kepada pembaca bahasa Inggeris. Dia meninggal dunia pada tahun 1969, tetapi warisan karyanya masih terus dibaca dan menjadi sumbangan besar dalam memahami dan menghormati budaya dan ilmu pengetahuan Islam.
Maklumat Buku
Judul asal: Scheherezade: Tales from the Thousand and One Nights
Penulis: A.J. Arberry
Penterjemah: Abdullah Hussaini
Tahun terbit: 2023
Halaman: 280 mukasurat
ISBN: 9789670037363
Ukuran: 20 cm x 12 cm
Berat: 0.26 kg (Kulit Keras)
×
×