IBDE Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Apabila pelbagai fahaman bersaing mempengaruhi akal, kepada apakah kita harus kembali?
Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad menghimpunkan asas-asas akidah daripada karya agung Ihya' Ulum al-Din, membimbing pembaca memahami iktikad yang sahih berteraskan dalil, hikmah dan pendekatan yang sesuai dengan tahap kefahaman setiap Muslim.
Rangsang Sari
KITAB ASAS AKIDAH daripada Ilya' Ulum ad-Din (Menghidupkan Ilmu Agama) ini merupakan karya yang ringkas dan padat
dalam menerangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazäli turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap orang Islam.
Tentang Pengarang
Imam al-Ghazali merupakan tokoh besar dalam dunia keilmuan Islam yang tidak asing lagi. Beliau dianggap sebagai mujaddid bagi kurun kelima Hijrah kerana keluasan ilmunya yang merangkumi pelbagai bidang seperti fekah, falsafah dan tasawuf. Karya agungnya, Ihya’ Ulum ad-Din, menjadi rujukan utama dalam membentuk pemikiran dan kehidupan seorang Muslim.
Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dan dilahirkan pada tahun 450H/1058M di Tus, Parsi (Iran). Sejak kecil, beliau dibesarkan dalam keluarga yang mencintai ilmu dan telah dididik dengan asas agama. Beliau menuntut ilmu di beberapa tempat seperti Tus, Jurjan dan Naisabur, serta berguru dengan tokoh terkenal, Imam al-Haramain al-Juwayni, yang mengiktiraf kecerdasannya.
Kepintaran dan keilmuannya menyebabkan beliau dilantik sebagai pengajar di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, dan menjadi terkenal sebagai seorang ulama yang hebat dalam perdebatan serta pemikiran. Beliau juga berjaya menyaring ilmu falsafah dengan menerima yang selaras dengan Islam dan menolak yang bercanggah.
Namun, dalam kemuncak kemasyhurannya, beliau mengalami krisis spiritual yang membuatkan beliau meninggalkan kedudukan dan kehidupan duniawi. Beliau kemudian mengembara ke Syam, Mekah dan Madinah untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mendalami tasawuf. Dalam tempoh ini, beliau menghasilkan karya-karya penting seperti Ihya’ Ulum ad-Din dan al-Munqidh min ad-Dalal.
Akhirnya, beliau kembali ke kampung halamannya di Tus dan menghabiskan sisa hidupnya dengan mengajar serta beribadah. Imam al-Ghazali wafat pada tahun 505H/1111M, meninggalkan warisan ilmu yang besar dan terus memberi pengaruh dalam dunia Islam hingga ke hari ini.
Maklumat Buku
Judul asal: Al-Iqtisad fi al-I’tiqad
Penulis: Imam al-Ghazali
Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit
Tahun terbit: 2023
Halaman: 280 mukasurat
ISBN: 9789670037103
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.26kg (Kulit Lembut)
×
×