IBDE Perincian - Adania Shibli (Sastera) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Karya Adania ini adalah pencapaian sasterawi yang penting dan mesti dibaca semua.—Faisal Tehrani
Penjajahan tidak sekadar mengambil tanah; ia juga merampas ingatan, sejarah, dan makna kemanusiaan.
Dalam Perincian, Adania Shibli menganyam bahasa yang lembut tetapi sarat makna, menyingkap trauma dan keheningan yang diwariskan dari satu generasi Palestin ke generasi berikutnya. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu ini membuka ruang renungan tentang erti kehilangan, maruah, dan keberanian untuk mengingati meskipun dunia memilih melupakan.
Rangsang Sari
Penjajahan membuatkan tiada sesiapa mengetahui kebenaran peristiwa kejam itu. Dia ditahan, diheret, dirogol dan seterusnya dibunuh. Puluhan tahun kemudian, seorang wanita Palestin terbaca tentang peristiwa itu. Dia meneliti segala bukti, melawati arkib dan menziarahi tempat kejadian malang itu. Ketika misteri hampir terbongkar, ledakan peluru Israel berdesing melewati telinganya. Apa yang sebenarnya terjadi?
“Karya Adania ini adalah pencapaian sasterawi yang penting dan mesti dibaca semua.”
—Faisal Tehrani
Tentang Pengarang
Adania Shibli adalah seorang pengarang dan ahli akademik terkemuka Palestin, lahir pada tahun 1974 di Galilee, Palestin. Dia dikenali dengan gaya penulisan yang halus, puitis dan penuh dengan lapisan makna. Adania Shibli telah mengarang beberapa buah novel, cerpen dan esei yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Karya-karyanya sering membicarakan tema-tema seperti identiti, sejarah, dan konflik dengan tumpuan yang mendalam terhadap pengalaman individu dalam konteks situasi yang lebih besar. Novel-novelnya, termasuk Masaas (2002) tafsil thanawi (2017) telah menerima pujian dan meraih pelbagai anugerah sastera antarabangsa. Selain penulisan kreatif, Adania Shibli juga aktif dalam bidang akademik, mengajar dan menulis tentang teori budaya dan kesusasteraan. Adania Shibli adalah suara penting dalam sastera kontemporari, yang berjaya menggambarkan dengan mendalam keindahan dan kesengsaraan kehidupan manusia.
Maklumat Buku
Judul asal: Tafsil Thanawi (2017) تفصيل ثانوي
Penulis: Adania Shibli
Penterjemah: Al-Mustaqeem M. Radhi & Abdul Jabbar Md. Salleh
Tahun terbit: 2025
Halaman: 144 mukasurat
ISBN: 9789670037646
Ukuran: 20 x 12 cm (Kulit keras)
Berat: 0.26 kg
×
×