• Risalah Kelazatan yang Tercela Mokap A
  • Risalah Kelazatan yang Tercela Mokap B
  • Risalah Kelazatan yang Tercela Mokap C
  • Risalah Kelazatan yang Tercela Mokap D
1

IBDE Risalah Tentang Kelazatan yang Tercela - Fakhruddīn al-Rāzī (Falsafah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Keserakahan manusia akan kelazatan duniawi itu tiada bertepi. Darihal makan minum, harta benda, pasangan dan zuriat mahupun kuasa dan pangkat, manusia selaku makhluk tuhan tiada pernah berasa cukup akan nikmat yang dikecap di muka bumi ini. Indera, khayal dan akal sekadar terbelenggu oleh sedap yang sementara dan semu belaka. Fakhruddīn al-Rāzī mengarang tulisan singkat dan padat ini sebagai suatu panduan demi mengecap kelazatan yang mulia sekaligus nasihat tegas demi membentengi diri daripada kelazatan yang tercela.

Tentang Pengarang

Fakhruddin al-Razi (544H/1149M–606H/1210M) ialah seorang ulama, ahli tafsir, ahli kalam dan ahli falsafah Islam terkemuka dari Rayy, Parsi (Iran). Digelar Imam al-Musyakkikin kerana ketajaman hujah dan pemikiran kritisnya, beliau menguasai pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, usuluddin, falsafah, logik dan perubatan. Karya agungnya, Mafātīḥ al-Ghayb (Tafsir al-Kabir), menjadi antara kitab tafsir paling berpengaruh dalam tradisi Islam. Melalui karya seperti Risalah Zam Ladhdhat al-Dunya, beliau mengajak manusia menilai hakikat kehidupan dunia dan mengutamakan kebahagiaan yang kekal di akhirat.

Maklumat Buku

Judul asal: Risālah Dzam Ladzāt al-Dunyā Penulis: Fakhruddīn al-Rāzī Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit Penyunting: Karim Mohd Tahun terbit: 2023 Halaman: 120 mukasurat ISBN: 9789670037202 Ukuran: 12.7 x 19.6 cm Berat: 0.26 kg