• Riwayat Asia Tenggara KK_Mokap A
  • Riwayat Asia Tenggara KK_Mokap B
  • Riwayat Asia Tenggara KK_Mokap C
  • Riwayat Asia Tenggara KK_Mokap D
1

IBDE Riwayat Asia Tenggara - Eric C. Thompson (Sejarah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 75.00
Sale price
RM 75.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Sejarah dan Pembentukan Asia Tenggara

RIWAYAT ASIA TENGGARA

Pernah terfikir bagaimana Asia Tenggara terbentuk seperti hari ini?

Riwayat Asia Tenggara merupakan sebuah penerokaan sejarah yang mengupas asal usul rantau ini melalui perdagangan, agama dan interaksi budaya yang membentuknya.

Buku Riwayat Asia Tenggara membuka ruang untuk memahami bagaimana perdagangan, penjajahan, penyebaran agama dan penghijrahan manusia mampu membentuk Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang kaya dengan warisan dan budaya. Karya Eric C. Thompson ini bukan sekadar mencatatkan riwayat serta punca kebangkitan dan keruntuhan empayar-empayar di Asia Tenggara dan peristiwa lampau yang lain, tetapi juga menggali semula asal usul Asia Tenggara yang penuh warna.

Penulisan ahli antropologi Inggeris ini tidak terikat dengan naratif penjajah, sebaliknya banyak menumpukan perspektif masyarakat tempatan dalam sorotan sejarah yang panjang.

Eric C. Thompson merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sosiologi dan Antropologi, National University of Singapore (NUS). Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang antropologi sosiobudaya dari University of Washington dan berpengalaman lebih tiga dekad dalam menjalankan penyelidikan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Penyelidikannya merangkumi pelbagai bidang seperti jaringan antarabangsa, kehidupan di desa dan bandar, budaya dan perubahan sosial serta pembentukan identiti negara-negara ASEAN.

Dalam buku ini, beliau menelusuri sejarah Asia Tenggara dari zaman prasejarah hingga kini, dengan memberikan penekanan kepada jaringan perdagangan, penyebaran agama, pembentukan identiti dan perubahan sosial yang membentuk rantau ini.

Judul asal
The Story of Southeast Asia (2024)
Penulis
Eric C. Thompson
Penterjemah
Abdullah Hussaini
Tahun terbit
2026
Halaman
400 mukasurat
ISBN
9786297812052
Ukuran
15 x 23 cm (Kulit Keras)
Berat
0.5 kg