IBDE Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk - John Man (Biografi) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Namanya digeruni musuh, dihormati kawan dan dikenang merentas abad—tetapi siapakah Salahuddin al-Ayubi yang sebenar?
Raja Penakluk: Salahuddin al-Ayubi menyingkap kisah sebenar di sebalik tokoh agung Islam ini dengan membezakan antara fakta dan legenda, sekali gus menjelaskan mengapa namanya terus terpahat sebagai salah seorang pahlawan terhebat dalam sejarah.
Rangsang Sari
Salahuddin al-Ayubi merupakan pahlawan dunia realiti juga fantasi. Seperti Raja Arthur, dia Juga mejadi cerminan angan-angan dan impian. Tanyalah sesiapa sahaja dari mana-mana belahan dunia — siapa pahlawan terhebat? Hampir pasti jawapannya Salahuddin al-Ayubi. Sehingga takat tertentu, sejarah menyokong pendapat ini. Namun, sejarah memiliki pelbagai sisi. Buku karangan John Man ini membezakan antara untaian fakta dan fantasi tentang Salahuddin, selain cuba memahami mengapa Raja Penakluk ini terus ditanggap sebagai wira sehingga kini.
Tentang Pengarang
John Man, atau nama penuhnya John Anthony Garnet Man, ialah seorang penulis dan sejarawan British yang lahir pada 15 Mei 1941. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Bahasa Jerman dan Perancis di Keble College, Universiti Oxford, kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains serta pengajian Mongolia di SOAS, London. Sebelum menjadi penulis sepenuh masa, beliau pernah bekerja dalam bidang kewartawanan bersama Reuters dan dalam industri penerbitan bersama Time-Life. Kepakarannya tertumpu pada sejarah Asia, khususnya Mongolia, serta tokoh-tokoh besar dunia seperti Genghis Khan, Kublai Khan, Attila dan tokoh Islam seperti Salahuddin al-Ayubi. Antara karya terkenalnya termasuk Genghis Khan: Life, Death and Resurrection, Kublai Khan, The Gutenberg Revolution dan The Great Wall. Beliau juga menerima Friendship Medal Mongolia sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam hubungan kebudayaan antara UK dan Mongolia. Kini, beliau menetap di London dan terus menghasilkan karya sejarah yang mudah diakses serta menarik minat pembaca umum.
Maklumat Buku
Judul asal: The Life, The Legend and The Islamic Empir
Penulis: John Man
Penterjemah: Abdul Jabbar Md Salleh
Tahun terbit: 2022
Halaman: 248 mukasurat
ISBN: 9789672672388
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.40kg (Kulit Lembut)
×
×