• Sherlock Holmes A
  • Sherlock Holmes B
  • Sherlock Holmes C
  • Sherlock Holmes D
1

IBDE Sherlock Holmes: Jejak Berdarah - Arthur Conan Doyle (Sastera) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Bagaimana Sherlock Holmes menyelesaikan kes yang mustahil dipecahkan oleh polis? Sherlock Holmes: Jejak Berdarah memperkenalkan kes pertama Sherlock Holmes yang menggemparkan London, apabila setiap petunjuk membawa kepada sebuah misteri pembunuhan yang menyembunyikan dendam lama dan kisah cinta yang tragis. Rangsang Sari Kepulangan Dr. John Watson dari Afghanistan telah menemukannya dengan seorang lelaki eksentrik bernama Sherlock Holmes. Kebolehan luar biasa teman serumahnya itu menghidu jejak jenayah menimbulkan kekaguman padanya. Suatu hari, pembunuhan di Lauriston Gardens moencetuskan kegemparan di London. Prtuyuk yang dikesan amat sedikit. Novel pertama dalam siri Sherlock Holmes yang menyerlahkan watak penyiasat handal ini kepada dunia cuba merungkai bebenang merah misteri antara dendam kesumat dan kisah cinta yang begitu memedihkan. Tentang Pengarang Arthur Conan Doyle amat masyhur sebagai pencipta watak Sherlock Holmes, namun dia juga mempunyai kerjaya lain selain sebagai penulis, jurnalis dan tokoh awam. Pengarang ini dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh dalam sebuah keluarga hartawan Irish. Dia mendapat pendidikan sebagai doktor, meraih ijazahnya dari Universiti Edinburgh pada tahun 1881. Usai menamatkan pengajian, dia bekerja sebagai jurubedah di atas kapal pemburu ikan paus selain pegawai perubatan di atas kapal api yang belayar di antara Liverpool dan Afrika Barat. Kemudian dia menetap di Portsmouth, pantai barat Inggeris dan membahagikan masanya antara kerjaya sebagai doktor dan pengarang Watak Sherlock Holmes pertama kali muncul dalam A Study in Scarlet (Sherlock Holmes: Jejak Berdarah) dalam majalah Beeton's Christmas Annual yang diterbitkan pada tahun 1887. Kejayaan watak ini mendorong Conan Doyle untuk menulis lebih banyak cerita tentang Holmes tetapi pada tahun 1893, sang pengarang membunuh wataknya sendiri dengan harapan dapat menumpukan perhatian kepada penulisan yang lebih serius. Namun begitu, desakan awam akhirnya membuatkan Conan Doyle "menghidupkan" kembali watak Holmes. Di samping itu, Conan Doyle turut mengarang beberapa novel lain, termasuk The Lost World dan beberapa karya selain cereka. Karya-karya lain ini termasuklah sebuah risalah yang menerangkan kewajaran pelibatan British dalam Perang Boer, yang disertainya sebagai pahlawan serta sejarah Perang Boer dan Perang Dunia Pertama yang melihat anak lelaki, adik dan dua sepupunya mati terkorban. Conan Doyle juga pernah dua kali bertanding untuk kerusi di parlimen namun gagal. Pada tahun-tahun lewat hayatnya, dia begitu berminat dengan dunia spiritualisme. Pengarang ini meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Julai 1930. Maklumat Buku Judul asal: A Study in Scarlet (1887) Penulis: Arthur Conan Doyle Penterjemah: Aedi Asri Tahun terbit: 2024 Halaman: 160 mukasurat ISBN: 9789670037516 Ukuran: 20 cm x 12 cm Berat: 0.30kg (Kulit Lembut)