IBDE Tafsir Al-Jalalain Surah-surah Pilihan - Jalaluddin Al-Mahalli & Jalaluddin As-Suyuti (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
TAFSIR AL-JALALAIN: SURAH-SURAH PILIHAN
"Pernah membaca al-Quran tetapi masih tertanya-tanya apakah maksud sebenar ayat yang dibaca? Mulakan dengan tujuh surah pilihan yang dihuraikan oleh salah satu kitab tafsir paling masyhur di dunia Islam."
Tafsir al-Jalalain: Surah-surah Pilihan menghimpunkan tafsiran tujuh surah utama al-Quran dengan penjelasan yang ringkas, padat dan mudah difahami. Sesuai untuk pembaca yang ingin mendalami maksud ayat-ayat al-Quran serta menghayati hikmah di sebalik wahyu Ilahi.
Surah-surah Pilihan
- al-Fatihah (Surah Pertama)
- al-Kahfi (Surah ke-18)
- Yasin (Surah ke-36)
- al-Hujurat (Surah ke-49)
- al-Rahman (Surah ke-55)
- al-Waqi'ah (Surah ke-56)
- al-Mulk (Surah ke-67)
Tafsir al-Jalalain adalah salah satu tafsir yang paling terkenal dan dihormati dalam tradisi tafsir Islam. Bacaan tafsir ini menawarkan penjelasan yang ringkas dan jelas mengenai ayat-ayat al-Quran, menjadikannya sebagai rujukan penting bagi para pelajar dan pembaca yang ingin memahami wahyu dengan lebih mendalam.
Dengan bahasa yang mudah dan padat, Tafsir al-Jalalain memberikan tafsiran yang senang difahami tanpa mengorbankan kedalaman makna ayat-ayat al-Quran. Buku yang menghimpunkan tujuh (7) surah daripada Tafsir al-Jalalain ini merupakan sumber yang amat berguna bagi mereka yang mencari penjelasan langsung tentang ayat-ayat suci, sekali gus memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai maksud dan hikmah di sebalik wahyu Ilahi.
Jalaluddin al-Mahalli (1389–1459M), atau nama penuhnya Muhammad bin Ahmad al-Mahalli, ialah seorang ulama Mesir yang terkenal dalam bidang tafsir, fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Beliau merupakan seorang tokoh penting dalam mazhab Syafii serta dikenali melalui gaya penulisannya yang ringkas, teliti dan padat. Al-Mahalli memulakan penulisan Tafsir al-Jalalain dengan mentafsirkan surah al-Kahfi hingga surah al-Nas, di samping surah al-Fatihah. Namun begitu, beliau meninggal dunia sebelum sempat menyempurnakan keseluruhan tafsir tersebut.
Jalaluddin as-Suyuti (1445–1505M), atau nama penuhnya Abd al-Rahman bin Abi Bakr as-Suyuti, ialah seorang ulama dan penulis prolifik dari Mesir. Keilmuannya merangkumi bidang tafsir, hadis, fiqah, bahasa Arab dan sejarah. Beliau menyempurnakan bahagian Tafsir al-Jalalain yang belum ditulis oleh al-Mahalli, iaitu daripada surah al-Baqarah hingga surah al-Isra. Antara karya penting al-Suyuti yang lain ialah al-Itqan fi Ulum al-Quran, al-Durr al-Manthur dan Tarikh al-Khulafa. Hasil gabungan kedua-dua tokoh yang sama-sama bergelar Jalaluddin inilah yang melahirkan nama Tafsir al-Jalalain, yang bermaksud "Tafsir Dua Jalal".
- Judul asal
- Tafsīr al-Jalālain
- Penulis
- Jalaluddin Al-Mahalli & Jalaluddin As-Suyuti
- Penterjemah
- Muhamad Hakim Ismail & Wan Ahmad Zuhairi bin Yaacob
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 153 mukasurat
- ISBN
- 9789670037950
- Ukuran
- 23 x 15 cm (Kulit Keras)
- Berat
- 0.80 kg