IBDE Tangan-tangan Berdarah di Gaza - Norman G. Finkelstein (Geopolitik) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
"Buku ini bukan tentang Gaza. Buku ini tentang apa yang telah dilakukan terhadap Gaza." Apa yang berlaku di Gaza? dan mengapa Israel berani menjarah nyawa-nyawa tidak bersalah secara terang-terangan? Dalam buku ini, sarjana dan aktivis kemanusiaan, Norman G. Finkelstein, meneliti tiga serangan besar: Cast Lead, Pillar of Defense dan Protective Edge sekaligus membongkar bagaimana Gaza dihancurkan secara tersusun. Berdasarkan puluhan laporan hak asasi manusia dan fakta-fakta sahih, pengarang membuktikan bahawa serangan- serangan ini bukan hanya pertahanan diri, tetapi pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa. Pengarang juga mendedahkan, institusi-institusi terkemuka seperti Amnesty International dan Human Rights Watch yang diharapkan melindungi, sebaliknya gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga Gaza. Lewat analisis tajam dan berani, Norman G. Finkelstein menyusun semula naratif yang telah diputarbelitkan media dan kuasa besar, menjadikan Tangan-tangan Berdarah di Gaza bukan sekadar buku, tetapi sebuah karya yang penuh kemarahan, kasih, dan keberanian untuk mereka yang tidak mampu bersuara.Tentang Pengarang
Norman G. Finkelstein ialah seorang sarjana sains politik, penulis dan aktivis Amerika Syarikat yang pakar dalam subjek politik Holokus serta konflik Israel-Palestin. Beliau merupakan graduan kedoktoran (PhD) dari Princeton University dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di pelbagai institusi termasuk New York University, Brooklyn College dan DePaul University. Beliau dikenali di peringkat antarabangsa melalui karya-karya kritikal seperti The Holocaust Industry dan Image and Reality of the Israel-Palestine Conflict. Penyelidikan beliau yang mendalam dalam Gaza: An Inquest into Its Martyrdom (2018) dianggap sebagai antara dokumentasi paling lengkap mengenai serangan ketenteraan dan pelanggaran hak asasi manusia di Semenanjung Gaza.Maklumat Buku
Judul asal: Gaza: An Inquest into Its Martyrdom (2018) Penulis: Norman G. Finkelstein Penterjemah: Puspawati Rosman Tahun terbit: 2025 Halaman: 496 mukasurat ISBN: 9789670037981 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.8 kg
×
×