• Terpanggang KK_Mokap A
  • Terpanggang KK_Mokap B
  • Terpanggang KK_Mokap C
  • Terpanggang KK_Mokap D
1

IBDE Terpanggang - Ghassan Kanafani (Novel) [Kulit Keras]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Naskhah Sastera Tragedi di Palestin

TERPANGGANG

رجال في الشمس / Rijāl fī al-Shams

"Bagaimana rasanya menjadi asing di tanah sendiri, dan menjadi pelarian di tanah orang?"

Terpanggang merupakan naskhah sastera perlawanan yang menyayat hati—merakam perjuangan, kehilangan, dan ketabahan rakyat Palestin dalam mendepani takdir sebagai pelarian yang tidak pernah berhenti mencari sinar harapan.

"Mata batin Kanafani amat tajam menanggapi denyut nadi bangsanya, degup jantung tanah airnya."

— Zaen Kasturi, Sasterawan

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pendek yang menggambarkan penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin selepas peristiwa Nakbah. Dalam cerita utama, tiga pelarian Palestin berusaha merentasi sempadan ke Kuwait dengan harapan mendapat kehidupan lebih baik, namun mereka berdepan takdir yang tragis. Ghassan Kanafani menyampaikan realiti penindasan dan kehilangan dengan gaya penulisan yang mendalam dan simbolik.

Ghassan Kanafani (8 April 1936 – 8 Julai 1972) merupakan seorang pengarang, wartawan dan aktivis politik yang berpengaruh dari Palestin. Selain terkenal sebagai wartawan, beliau juga ialah jurucakap utama Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin dan editor majalah mingguan Al-Hadaf. Karya Ghassan Kanafani telah diterjemahkan kepada 16 bahasa dan diterbitkan di lebih 20 negara.

Judul asal
رجال في الشمس Rijāl fī al-Shams (1962)
Penulis
Ghassan Kanafani
Penterjemah
Jabbar Salleh
Tahun terbit
2026
Halaman
176 mukasurat
ISBN
9786297812090
Ukuran
12.7 x 19.6 cm (Kulit Keras)
Berat
0.5 kg