IBDE Tunku: Kelana Penuh Cinta - Kobkua Suwannathat-Pian (Biografi) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Siang hari 31 Ogos 1957, laungan keramat "Merdeka" tujuh kali menggegarkan lapangan Stadium Merdeka. Peristiwa bersejarah pemasyhuran kemerdekaan Persekütuan Tanah Melayu itu dihadiri sekitar 20 ribu orang, namun hanya satu susuk paling menjadi tumpuan: Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Banyak buku telah meriwayatkan kehidupan Tunku, tetapi boleh dikatakan tiada yang mengumpul kisah beliau secara lebih menyeluruh berbanding buku ini. Kelana panjang Tunku sebelum dan selepas Merdeka ditata dengan cermat oleh pengarangnya-bermula dari seorang putera raja yang gemar berbuat nakal dan bermain dengan rakan-rakannya di luar di istana sehingga hari-hari terakhir beliau sebagai negarawan terbilang yang dihormati dan disanjung di seluruh dunia.Tentang Pengarang
Kobkua Suwannathat-Pian adalah sejarawan yang telah banyak mengkaji tentang hubungan antara istana Melayu dan Siam serta sistem beraja di kedua-dua wilayah. Kajiannya yang terperinci tentang hubungan Tanah Melayu-Siam pada abad ke-17 dan 18 (Oxford University Press, 1988) dan sistem beraja Siam (Routledge Publications, 2003) dirujuk secara meluas dalam dunia kesarjanaan. Semasa bersara, Kobkua menyandang kerusi profesor dan Felo Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Sepanjang 30 tahun dalam dunia akademik, Kobkua telah mengajar di beberapa institusi terkemuka termasuklah Universiti Chiangmai, Universiti Chulalongkorn, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Gadjah Mada dan Universiti Hong Kong. Minat dan kekagumannya yang mendalam terhadap Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mendorong Kobkua melakukan penelitian mendalam tentang tokoh berdarah raja Melayu dan bangsawan Siam ini, menghasilkan salah satu gambaran paling jelas tentang tokoh yang menjadi sanjungan segenap lapisan masyarakat Malaysia.Maklumat Buku
Judul asal: An Odyssey of a Life Well-Lived and Well-Loved Penulis: Kobkua Suwannathat-Pian Penterjemah: Ahmad Zamani Ishak & Norziati Rosman ISBN: 9789672672302 Tahun terbit: 2022 Halaman: 410 mukasurat Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.5 kg
×
×