IBDE Turki: Dari Sultan Hingga ke Ataturk (Edisi Kemas Kini) - Andrew Mango (Sejarah) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Buku yang membongkar bagaimana sebuah empayar berusia enam abad berubah menjadi sebuah republik moden dalam satu daripada transformasi politik paling besar dalam sejarah.
Dari Sultan hingga Atatürk membawa pembaca menelusuri detik-detik kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan kebangkitan Republik Turki di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Atatürk. Melalui kupasan tentang percaturan politik, peperangan, reformasi dan perubahan institusi, buku ini menjelaskan bagaimana keputusan-keputusan penting pada awal abad ke-20 membentuk identiti Turki moden yang kekal berpengaruh hingga hari ini.
Rangsang Sari
Detik-detik akhir Empayar Uthmaniyah dan detik-detik awal negara Turki moden menjadi tumpuan utama penulisan buku ini. Kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas runtuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk. Andrew Mango menceritakan semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal-tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawan dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati dan penyabar—-sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya serta meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut.
Tentang Pengarang
Andrew Mango merupakan seorang sejarawan dan penulis kelahiran Inggeris-Turki, Selain karya-karyanya tentang sejarah dan budaya Turki, beliau juga dikenali ramai sebagai antara pakar utama dalam bidang sejarah moden Turki dan sering menjadi penasihat untuk pelbagai institusi dan kerajaan di selirah dunia.
Maklumat Buku
Judul asal: From the Sultan to Ataturk: Turkey
Penulis: Andrew Mango
Penterjemah: Alina Abdullah
Tahun terbit: 2024
Halaman: 216 mukasurat
ISBN: 9789670037578
Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Lembut)
Berat: 0.50 kg
×
×