Petang 12 April 2023, wakil IBDE beberapa kali menghubungi Syed Omar Syed Husain namun panggilan kami tidak satu pun berjawab. Hari panas terik hingga bahangnya terasa ke dinding pejabat. Kami tertanya-tanya jika Syed Omar sedang khusyuk bersenam, yakni salah satu daripada dua ingatan saranan oleh doktor kepadanya setelah diserang penyakit jantung beberapa bulan lalu. Atau, adakah dia sedang tenggalam dalam mimpi indah bulan puasa. Selang tiga jam kemudian, Syed Omar menghubungi kami semula. Dalam loghat Terengganunya yang tak pernah surut, wakil IBDE bertanya khabar serta beberapa soalan berkaitan buku Tanpa Ampun:Tiga tahun diburu Jepun di rimba Malaya yakni terjemahannya yang akan terbit di PBAKL 2023 tidak lama lagi. Seluruh temu bual ditranliterasikan ke bahasa Melayu standard.
IBDE: Apa khabar Bang Syed, macam mana? Badan dah okey?
SO: Baik. Warga IBDE bagaimana, sihat? Maaflah tak sempat menjawab panggilan pagi tadi. Sedang bersenam sedikit.
IBDE: Tak mengapa. Jadi macam mana sekarang? Nampak selalu muat naik foto sedang beriadah dan terapi sekitar Ipoh.
SO: Alhamdulillah, lega sedikit. Cuma... itulah. Lain macam sikit sejak berhenti merokok ni (ketawa kecil).
IBDE: Makin selera makan?
SO: Itu, ya juga. Tapi paling mencabar, hendak menahan keinginan terhadapnya. Betul-betul mencabar!
IBDE: Doktor kata apa lagi?
SO: (suara kurang jelas) haa, itulah. Entahlah
IBDE: Tak jelas bang.
SO:....
(Panggilan terputus sebelum kami berjaya menghubunginya semula.
SO: Jadi, doktor kata lagi kurangkan manis. Itu semacam kombinasi cabaran kepada kita. Kita dah biasa selama ni buat kerja kan, sambil ngopi. Sambil hisap rokok. Lain jadi bila dah berhenti ni.
IBDE: Nak buat macam mana. Demi kesihatan.
SO: Ha, apa cerita telefon ni?
IBDE: Tak lama dah nak terbit buku Tanpa Ampun tu. Ini ada nak tanya-tanya sikit.
SO: Boleh, boleh. Itu sempat PBAKL kan?
IBDE: Sempat. Sempat.
SO: (bergumam; kurang jelas)
IBDE: Dulu, terjemah buku ni makan masa berapa bulan ya?
SO: Dalam 8 bulan. 10 bulan. Kurang ingat. Tapi dalam tempoh itu lah. Tebal kan buku tu.
IBDE: Apa yang menariknya buku tu?
SO: Hmm... (terdiam sejenak)
IBDE: Keistimewaan dia berbanding buku-buku yang Bang Syed dah terjemahkan.
SO: Istimewa ya... (ketawa). Mungkin buku ni beza dia pada bentuk naratif dia. Kalau Perang Anjing Suruhanagak dramatik dan puitis, mungkin kerana penulis dia kan. Kalau Bintang Merah di Langit Malaya pula banyak maklumat baru dan kajian sejarah yang teliti. Bagi saya yang istimewanya buku kali ini, letak pada naratif dia tu lah, sangat jurnalisme. Lebih... apa orang kata, lebih adventeruous. Rasanya, daripada segi deskriptifnya, cara penulis gambarkan hutan rimba pada masa itu sangat berjaya lah.
IBDE: Antara ketiga-tiga buku yang Bang Syed dah terjemah, yang mana satu paling disukai?
SO: (Diam, kemudian ketawa)
IBDE: Ha, yang mana satu?
SO: Rasanya Bintang Merah. Ya, Bintang Merah.
IBDE: Sebab?
SO: Sebab saya belajar banyak fakta dan maklumat baru daripada buku tu. Fakta yang tak disebut sejarawan lain.
IBDE: Oo...
SO: Kan banyak buku-buku Cheah Boon Kheng tu yang bagus.
Perbualan berlanjutan selama setengah jam berikutnya tetapi sudah keluar daripada tajuk berkaitan buku. IBDE mendoakan kesembuhan penuh buat Syed Omar dan terus berdaya untuk mengerjakan terjemahan berikutnya.